Iskandar... Dia tiba-tiba saja muncul dalam hidup Anum Danisha. Kehadirannya bagaikan bintang. Bercahaya dan berkilauan, tetapi kelipannya akan hilang apabila mentari menjelma. Mula-mula muncul, kemudian hilang. Datang, selepas itu ghaib. Hingga Anum seperti hilang arah. Di mana Iskandar? Ke manakah Iskandar pergi? Tetapi, yang paling utama, siapakah sebenarnya Iskandar?
Biar sejuta kali orang lain menafikan, namun Anum tahu tentang kewujudan lelaki itu. Dia tahu realiti tentang Iskandar. Biarpun Iskandar itu misteri, biarpun Iskandar itu suka main sorok-sorok; datang dan pergi sesuka hati, tetapi dia tahu bahawa Iskandar itulah orang yang telah merubah hidupnya menjadi manusia yang lebih baik berbanding dulu. Dia tidak gila. Dia sudah jatuh cinta dengan Iskandar!
Tapi... Iskandar ini manusia ke hantu? Orang ke Bunian? Human or Vampire?
"Dari mana awak boleh terfikir dakwaan mengarut ni? Saya hantu? Ada rupa macam hantu ke saya ni?" - Iskandar
"Manalah tahu... hantu sekarang dah tak macam dulu-dulu. Hantu moden ni banyak yang handsome. Apatah lagi kalau hantu vampire, memang semuanya tak ada yang hodoh. Boleh cair tengok muka dia." - Anum
"Maksudnya, awak dah cairlah tengok muka saya?" - Iskandar
Ah, merepeklah! Hantu vampire itu hanya fantasi. Kisah antara dia dengan Iskandar pula satu kisah nyata dan realiti. Iskandar hanya satu; lelaki yang tercipta hanya untuk Anum Danisha. Iskandar yang pelik dan misteri, tetapi cukup romantis sehinggakan bintang di langit pun dinamakan dan dihadiahkan buat Anum.
"Apa yang istimewa sangat bintang tu? Dahlah kecik, susah nak tengok pulak tu." - Anum
"That star is belong's to you. Kalau tadi ada bintang nama Aquarius, Gemini, tapi bintang yang awak tengah tengok tu namanya Anum Danisha." - Iskandar
"Aku mahu jalani latihan VAT69, aku mahu capai cita-cita aku jadi aku tak mahu berkahwin. Sekurangnya untuk 10 tahun ke hadapan" - Sarjan Mejar Riffat Rizqullah
"Saya akan tetap tunggu sehingga awak bersedia" - Anggun Lilyann.
Demi kebaikan Anggun, Riffat buat keputusan untuk putuskan hubungan persahabatan mereka. Hati tidak rela tetapi situasi memaksa Riffat menolak cintanya ke tepi.
Seperti janji Anggun, wanita ini terus menanti sambil selesaikan pelajarannya di negara British. Namun, semakin lama Anggun menunggu, semakin jauh jaraknya bersama Riffat.
"Riffat tu dah tak mahu pada kau. Biar aku kenalkan kau dengan sepupu aku, sepupu aku Raja Muda Melaka" - Tengku Sephia Adalyn.
Perjodohan ringkas yang pertemukan Tengku Armada bersama Anggun sedikit sebanyak mengubat kerinduan Anggun terhadap Riffat. Seperti keinginan wanita lain, Tengku Armada lantas memberi kepastian hendak bersama Anggun, membawa Anggun jelajahi kehidupan beraja bersama Tengku Armada.
"Ini bodyguard peribadi Che Puan Anggun, namanya Sarjan Mejar Riffat Rizqullah" - Penasihat Istana.
Pertemuan semula antara Riffat dan Anggun mewujudkan beribu sesalan dalam jiwa Riffat. Perlahan-lahan, rahsia lima tahun lepas terlerai. Saat itu, Anggun di serang delima. Suaminya ada di sebelah sementara jejaka yang pernah dicintai Anggun berada di hadapan mata.
Dapatkah Anggun dan Riffat terus bersikap profesional? Apa rahsia yang Riffat simpan selama lima tahun ini? Bagaimana pula dengan hubungan Anggun bersama anak Raja itu? Dapatkah Tengku Armada terima bahawa isterinya suatu tika dahulu pernah dambakan pengawal peribadi sendiri?