Darah mengalir keluar dari mulut aku tanpa diminta. Bau busuk darah itu membuatkan aku pening dan makin memuntahkan lagi darah. Nafas aku tercungap-cungap . Kepala aku terasa pening. Perut aku pula terasa mual. Aku jatuh tertunduk di lantai sementara mulut aku masih memuntahkan darah merah yang pekat . Aku terbatuk kuat selepas darah dari mulut aku menunjukkan tanda-tanda yang ia akan berhenti mengalir. Mata aku berpinar-pinar. Apa semua ni? Aku dapat rasakan ade seseorang yg sedang memegang bahu aku dari belakang. Akhirnya aku rebah dipangkuan dia. .................................................................................................. Aku tak minta untuk dipuja . Aku tak minta untuk disanjung . Aku tak minta untuk dihormati. Tapi cuma satu saja yang aku minta. 'Hutang darah, dibayar darah sayang'