Novel Ringan Aku yang pertama. Kalau dapat sambutan, memang ada sambungan. Aku open a few babs untuk korang baca dan nilai gaya light novel aku pula. Kalau berminat boleh beli di ebook - https://www.e-sentral.com/book/info/303293/penjejak-kristal BookCafe - https://bookcafe.com.my/penjejak-kristal/ Kalau nak signed copy, pm tepi, nanti aku pos Excerpt : Semasa Alzroc dan rakannya, Balder, menyusup lari daripada rombongan Akademi, mereka terjumpa sebiji batu yang mempunyai ukiran aneh di hadapan sebuah gua yang tidak ada tercatat di dalam peta. Madam Blu, seorang wanita tua penjaga arkib di bandar mereka memberitahu ukiran batu tersebut mungkin sudah berusia beribu-ribu tahun! Kerana teruja, Alzroc dan Balder memulakan misi mencari asal usul ukiran pada batu tersebut. Mereka kembali ke gua tidak bernama itu semula dan telah menemui lambakan kristal biru jauh di dalam gua itu. Tanpa mereka ketahui, gua itu mempunyai rahsia yang unik dan juga penjaga yang sangat menakutkan!