Ini bukanlah sebuah novel cinta, jauh sekali sebuah cerita dystopia masyarakat . Ini hanyalah sebuah travelog. Kisah petualangan aku yg sudah sekian lama ingin mencabar diri untuk mengembara secara solo ke negara asing tanpa teman di sisi. Ditakdirkan pada pertengahan bulan November, Tuhan mengizinkan aku untuk lari seketika ke bumi Bali. Mungkin Dia mahu aku mencari ketenagan seketika. Sebuah coretan pengalaman yang cuba diadaptasikan dalam bentuk penulisan. Ya! Aku mengambil inspirasi daripada watak Elizabeth Gilberth dari novel Eat,Pray and Love. Tapi dari sudut pandang seorang lelaki mengenai erti kehidupan. Dalam merencanakan babak-babak travelog, aku hanya bersumberkan pada catatan nota dalam phone, resit-resit serta gambar-gambar yang tersimpan mengikut tempat dan tarikh di dalam memori phone. Tindakan aku jika difikirkan umpama memplagiat pengalaman hidup aku sendiri. Apakah pancaroba yg bakal aku hadapi sepanjang lima hari berkelana di Pulau Bali ? Mohon kesudian kalian untuk sama-sama mengikuti perjalanan kisah aku. Jika berkenan bolehlah vote. Ada sebarang krtikan sangat dialukan.All Rights Reserved
1 part