Ebook (bakal dibukukan) "Tolong, jagakan Aina untuk aku." Terikat dengan bicara itu buatkan Tan Sri Noah Anaqi terpaksa menjaga anak dara kawan baiknya. Aina Azzahra pula yang tiada tempat untuk bergantung selepas ibu bapanya meninggal dunia, menumpang di rumah Noah sementara dia mencari kerja. Namun lain yang jadi bila Mak Ani iaitu mak Noah mengajaknya ke kampung. Dia sana dia jatuh sayang pada mak Noah. Sayangnya pada mak Noah seperti ahli keluarga sendiri. Permintaan mak Noah supaya membantunya membuatkan Aina tersepit. Menerima demi menjaga hubungan mereka. Dia tidak mahu hubungan yang dia rasakan selesa itu putus di tengah jalan. "Aina.. Jangan harap apa-apa dari abang. Abang akan lakukan yang terbaik tapi dalam hati abang.. masih ada nama arwah. Abang harap Aina faham." -Noah Anaqi. Permintaan pakcik yang baru bertukar status menjadi suaminya buatkan hatinya mula berbelah bahagi. Betul ke jalan yang dia pilih? Lebih-lebih lagi bila dia mendapat tahu sang suaminya menjadi dambaan para gadis di luar sana. "Buat biar dia ingatkan Aina. Aina gosok-gosoklah dia sikit. Lama dia menduda tu, mesti dia rasa lain macam nanti." -Mak Ani. Ajaran dari mak mertuanya membangkitkan semangat Aina. "Baiklah. Aina akan buat sampai Tan Sri Duda Hot tu tersungkur. Kalau tak nama Aina bukan Aina Azzhara." -Aina Azzahra. Berjayakah misi Aina? Tewaskah Tan Sri Noah di tangan Aina atau dia masih setia menjunjung nama arwah isterinya?