Story cover for My Sweet Cupcake 🧁✔️ by BabyUmao
My Sweet Cupcake 🧁✔️
  • WpView
    Reads 653,183
  • WpVote
    Votes 36,134
  • WpPart
    Parts 65
  • WpView
    Reads 653,183
  • WpVote
    Votes 36,134
  • WpPart
    Parts 65
Complete, First published Mar 28, 2020
Hidupnya tidak dilimpahi kemewahan dan harta, namun Erina Natasha bersyukur dengan apa yang dia ada. Dia gembira tinggal di Mahligai Zaaba, sebuah rumah anak yatim bersama ayah angkatnya, Ayah Daud dan kanak2 yang lain.

Erina tak mampu menyambung pelajaran walaupun berjaya mendapat keputusan SPM yang cemerlang. Maka, dia bekerja untuk membantu Ayah Daud di Mahligai Zaaba. Itulah Erina, sanggup berkorban demi ayah dan adik2nya.

Namun, mimpi ngerinya bermula apabila dia ditakdirkan bertemu Edrian Emmett, seorang usahawan muda yang berjaya. 

Lelaki itu adalah manusia paling menjengkelkan, selfish, miang, degil dan banyak lagi perkataan buruk yang dapat disenaraikan oleh Erina.

Punah sudah impian Erina untuk hidup 'simple and humble' selepas Edrian menunjukkan 'tanduknya'. Kalau ada seseorang di muka bumi ini dengan nama Mr.Evil, lelaki itulah orangnya.

Semakin memuncak nasib malang Erina apabila Edrian memaksa Erina untuk berkahwin dengannya. Dan Erina tidak boleh menolak!

Erina mahu semuanya berakhir. Dia dan Edrian tidak boleh bersama. Mereka bagaikan minyak dan api, langsung tidak padan. Erina yakin perkahwinan mereka tidak akan bertahan lama.

Tetapi, betulkah itu pengakhiran kisah mereka?

***Novel ini merupakan sambungan kisah Erina dan Edrian dari novel My Ice Prince Hubby***
All Rights Reserved
Sign up to add My Sweet Cupcake 🧁✔️ to your library and receive updates
or
#196romance
Content Guidelines
You may also like
ANDAI DAPAT KU PUTARKAN MASA[C] by Hazelnut_choc
63 parts Complete
Orang kata cinta itu indah dan mampu membataskan penglihatan kita jika rasa sayang itu benar-benar berakar umbi pada hati pasangan. Namun, kenapa dia rasa itu semua dusta belaka? Sejak awal, cinta mereka berkalut kesedihan dan kekecewaan. Yang memamah segala erti bahagia dan kasih sayang. Perpisahan yang seorang wanita bernama Erina Sofea dambakan, ianya terlalu perit. Manakala, Nathan atau nama lainnya Nawaf Arzan, seorang lelaki yang yang baru ingin menjelajahi agama itu cuma akur dengan permintaan Erina. Hati lelakinya tercalar apabila wanita itu membuangnya segitu mudah. Masjid yang mereka bina terlalu goyah. Meninggalkan luka yang dalam pada kedua-duanya. Itukah sebenar-benarnya cinta yang manusia sebutkan? Penuh pengorbanan dan penuh keperitan. "Yang terbaik itu adalah perpisahan. Dan tiada lagi istilah rujuk untuk kita. Mahupun jika kita kembali bersama, rasa sakit tu akan terus menyinggah hati masing-masing."-Erina Sofea Nawaf luluh. Perkataan yang terlontar daripada wanita yang dia cintakan amat menyiat hatinya rakus. Puas dia memujuk tetapi dia percaya wanita itu sifatnya lembut. Tampak kukuh walhal rapuh adalah segala makna rasa. Nawaf bersangka baik, jika Erina tidak akan menerimanya sekarang, mungkin nanti dia akan dapat hati Erina sekali lagi setelah dia berusaha gigih. Malangnya, tidak. Hati Erina lebih keras selepas luka-luka yang telah menjadi parut itu menyinggah. "Sayang...apa memang tak ada peluang kedua untuk abang?"-Nawaf Arzan "Tiga tahun. Beri saya tiga tahun untuk cuba terima awak sekali lagi. Tapi...tanpa awak disisi saya. Ingat. Perpisahan kita dah terjadi. Tiada ikatan untuk kita buat masa sekarang...Kalau saya tak mampu terima balik, awak fahamlah."-Erina Sofea Erina terlalu keras walaupun tangannya sendiri turut terluka. Dia sesal. Tetapi masih adakah peluang untuknya bagi memenuhi keinginan untuk putarkan masa kembali apabila bayang Nawaf perlahan-lahan menghilang disebalik tirai kecewa?
Cinta Ditunda Dendam (Complete) by saraimani99
45 parts Complete
Eva Nerrisa ialah adik kepada Saiful Amir, CEO Nilam Maju Holding. Tanpa dia sedar, sahabat baik kepada abangnya iaitu Nail Rayden telah berminat untuk menjadikannya sebagai isteri. "Izinkan aku kahwin dengan Eva Nerrisa. Aku nak adik kau, aku tak nak Fiena. Aku nak jadikan adik kau sebagai isteri aku yang sah." -Nail Rayden Nail Rayden tidak tahu niat sebenar Saiful Amir yang telah dianggap sahabat sejati. Eva Nerrisa pula menyimpan rahsia yang sangat besar tentang kehidupannya. "Mama....Nerrisa tak salah. Dah takdir ayah pergi. Nerrisa pun tak nak hilang ayah. Nerrisa pun sakit macam mama." -Eva Nerrisa "Aku nak kau kahwin dengan Rayden, jadi patung aku untuk balas dendam kepada Rayden." - Saiful Amir Eva Nerrisa terhimpit antara dendam dan hutang nyawa. Tiada pilihan, Eva Nerrisa akur bergelar isteri tanpa cinta. "Nerrisa diarahkan oleh Saiful untuk hancurkan abang. Abang boleh ceraikan Nerrisa sekarang." - Eva Nerrisa "Aku takkan mati di tangan dia. Aku yakin! Kau tak perlu risau, kau buat aje kerja kau." - Nail Rayden Nail Rayden turut mempunyai matlamat lain iaitu untuk mencari satu kebenaran di sebalik tragedi yang melibatkan keluarganya suatu ketika dahulu. Untuk itu, dia perlukan Nerrisa. "Aku tahu runtuhan itu berlaku bukan kerana keluarga aku. Ibu bapa aku tak pernah menjadi penjenayah . Kali ini, aku kena mempertahankan diri. Nerrisa dah pilih untuk berada di belakang kau. Isteri aku sendiri sedang merancang untuk jatuhkan aku, demi keluarga yang telah buang dia." -Nail Rayden Dendam yang menyala, kebenaran yang tertimbus, duka kehilangan yang tak pernah diubat, serta cinta yang terhalang oleh kejamnya masa lalu. Semuanya bercampur dalam hubungan Nail Rayden dan Eva Nerrisa sebagai suami isteri. "Susah cinta memadam dendam. Cinta akan terus ditunda dendam sehingga tiada lagi kekesalan. Saya mampu tunggu dan tengok aje bagaimana masa hadapan saya." -Eva Nerrisa
You may also like
Slide 1 of 8
Hikayat Ratu Alana  cover
Airil Zafran (COMPLETED) cover
Hayden Zafran [OG] cover
ANDAI DAPAT KU PUTARKAN MASA[C] cover
Cinta Ditunda Dendam (Complete) cover
Nuh's Secret Wife [C] cover
My Ice Prince Hubby ❄✔ cover
Bukan Untuk Dimiliki cover

Hikayat Ratu Alana

15 parts Complete

[SHORT STORY] "Dari kecil, nasib baik jarang menyebelahi aku," -Ratu Alana "Dari kecil juga, aku tak pernah faham apa itu kasih sayang,"-Elaine Dua orang sahabat baik yang saling melengkapi sampai ada yang menganggap mereka adik-beradik. Alana banyak berhutang budi dengan Elaine dan tulusnya Elaine dalam persahabatan sehinggakan suami sendiri pun dia sanggup berkongsi. "Queen, anak ni anak kita juga. Nanti bila aku dah tak ada, tolong jaga anak kita baik-baik, fahamkan dia apa itu kasih sayang dan tolong Hadid jaga anak kita ya?"-Elaine Tidak sangka, pemergian si sahabat dalam tempoh sekelip mata. Hilang Elaine dalam hidup, maka hilang juga semangat Alana untuk beberapa ketika. Amanah yang dia galas juga boleh tahan berat. "Pergilah sambung cita-cita you tu sehingga you berjaya Alana, I izinkan. I dengan Rizqa akan baik-baik saja di sini"-Tunku Hadid Nazareth Dalam hati, Alana menguntum senyum. Beruntungnya Elaine dapat suami setia seperti Hadid. Alana langsung tidak cemburu. Dia tahu dan dia nampak sebesar mana cinta Hadid buat arwah. Namun di saat satu rahsia yang disimpan kemas selama ini terungkai, lain pula jadinya. Masing-masing sudah menjadi layang-layang yang terputus tali. "Kenapa you tak pernah pun berterus-terang dengan I Alana?!" -Hadid "Sebab saya rasa tak penting pun untuk Tunku Hadid tahu. Saya...saya bukan pilihan dalam hidup sesiapa"-Alana