[Previously known as Kau Satu] Aisyah Humairah; gadis yang berwatakan keanak - anakan sedikit. Sikapnya yang suka menolong ibu bapa mahupun orang yang berada disekelilingnya, membuat mereka semua senang dengan gadis itu Muhammad; nama yang indah seperti junjungan nabi kita Muhammad bin Abdullah. Kehilangan ibu bapa sejak dari kecil lagi. Hidup seorang diri bukan mudah baginya, namun itulah cabaran sebenar kehidupannya Mereka disatukan, tanpa bercinta mahupun mengenali hati budi masing - masing. Aisyah yang muda, mengambil peranan menjadi isteri solehah. Muhammad selaku ketua keluarga, cuba menjadikan mahligai mereka sebagai mahligai yang indah. Tak perlu wang yang banyak untuk bahagia, cuma sedikit kasih dan sayang sebagai penambah perisa Tapi mereka sedar, perkahwinan bukan sekadar hidup bahagia tanpa derita. Sedang bercinta, ada seseorang iri hati dengannya. Muhammad dan Aisyah diuji pelbagai cabaran dan semestinya, mereka menempuhnya bersama - sama