SINOPSIS. Sera,seorang gadis yatim piatu yang gemar bersendiri.Disebabkan tabiatnya yang tidak suka bergaul,sera sering menjadi mangsa buli rakan-rakan sekolah. Suatu hari setelah dibuli 3 pelajar senior,sera dikunjungi oleh seorang lelaki yang tinggi lampai dan berpakaian pelik,dan wajahnya tidak kelihatan kerana dilitupi oleh selendang hitam.Dia menghulurkan sekeping surat perjanjian antara dia dan sera.Jaminan lelaki itu,dia tidak akan dibuli oleh sesiapa lg,namun syaratnya berat.Sera hendaklah berkahwin dengan lelaki itu.Sera menjadi bungkam.Buntu apa yg harus dia lakukan? di usia 17 tahun dia harus berkahwin dengan orang asing dan mysterious yang langsung tidak dikenalinya.Sera cuba untuk melupakan pertemuan dan surat perjanjian yang telah diberikan oleh lelaki misteri itu.Sekali lagi sera terpaksa menjalani hari menjadi seorang mangsa buli.Kali ini lebih parah,tanpa sedar saat dibelasah teruk sera berharap lelaki yang ditemuinya sebelum itu datang dan menyelamatkan dia.."Saya berjanji akan menjadi isterimu!" saat perkataan itu terlepas dari mulutnya...ZAPPPP!! serta merta skliling sera menjadi merah dan berbau Hanyir.Dalam keadaan tidak bermaya,sera sempat melihat bayangan seorang lelaki berbaju Hitam berjalan ke arahnya.Wajahnya dilitupi oleh lace berwarna hitam.Lelaki itu tersenyum memberikan sera senyuman yang menakutkan.Siapakah dia?All Rights Reserved