Muzfirah Iwani, namanya seindah rupanya. Seorang gadis yang berperwatakan unik. Seorang gadis berketurunan Jawa, Indonesia yang dilahirkan di negara Malaysia. Seorang adik yang sangat dikasihi abangnya, Jazmi Zalim. Manja, itulah perwatakannya apabila bersama orang yang dikasihinya tetapi ramai yang berfikir dia seorang yang bongkak dan sombong. Mak dan bapa, kedua-duanya berdarah Jawa, meluaskan empayar perniagaan ke negara Malaysia demi masa depan dua permata yang dicintai. Hazwan Irman, tinggi lampai, rupawan dan kebijaksanaannya membuatkan ramai gadis tergoda. Bersukan itu merupakan kelebihannya. Berketurunan Melayu dan mempunyai adik yang muda 3 tahun daripadanya. Yasmina Irdina, adik perempuan yang paling disayangi. Cinta sejati , konflik, pergaduhan. Muzfirah Iwani tidak percaya dengan apa itu cinta. Yang ada dalam fikirannya hanya belajar, belajar dan belajar. Sehingga disebabkan satu kejadian, dia mula naik gila. Buat itu tidak kena buat ini tidak kena, hanya disebabkan seorang lelaki yang berbicara dengan guru sahaja...... Sahabat Muzfirah mengetahui tentang perasaannya. Bermula dari sebuah permainan, hidup Muzfirah berubah 360°. Dulu derita sekarang bahagia. Selepas mengecapi kebahagian, hidupnya diuji dengan sebuah keperitan. Gadis itu tidak sanggup untuk meneruskan lalu pergi membawa diri dan nyawa di badan. Mampukah Muzfirah mengecapi kebahagiaan yang selama ini dinanti dan diidam idamkan? IG=@msmgh1206