Cinta ialah suatu hal yang asing buatnya. Bukan dia menolak jauh sekali membenci cinta. Usianya sudah 30 tahun, namun sehingga ke hari ini belum ada yang sudi menghulur salam cinta buatnya. Hina benarkah dia? Buruk sangatkah dia? Atau mungkinkah kerana badannya yang gemuk. Terkadang hatinya bertanya sendiri jika takdirnya akan begini hingga ke hujung usia. -Nuril Aliaa Aku lelaki yang punya hampir semuanya; rupa yang kacak, kerjaya yang hebat & digilai ramai wanita. Tapi jiwaku kosong setelah arwah mama pergi sejak 5 tahun yang lalu. Mama insan terpaling hebat di mataku. Ma, along terlalu merindui mama! - Ariff Hilmi