Berita kematian isteri tersayang memberi tamparan yang begitu kuat untuk Fahad Azweer. Dia yang ditugaskan di negara kanggaru, Australia bergegas pulang ke tanah air pada hari yang sama. namun semasa dia bersiap-siap untuk ke lapangan terbang, dokumen-dokumen pengenalan diri miliknya telah disembunyikan oleh seseorang yang begitu mencemburui kebahagiaan Fahad Azweer dengan isterinya.
"I takkan biarkan Fahad balik menghadap perempuan tu... walaupun dia dah mati! Yang penting, Fahad tetap bersama dengan I!" - Azra Adelia.
Tanpa Fahad Azweer ketahui, arwah isterinya menggandung dua bulan di saat pemergiannya ke Australia. Setelah lima tahun pemergian Nur Iman Nabila, rahsia kehamilan dan kelahiran anak kembarnya yang disembunyikan oleh Azra Adelia kini terbongkar.
"Tergamak kau sembunyikan rekod kehamilan arwah Iman dan kelahiran anak-anak kembar aku selama ni!"- Fahad Azweer.
"Peduli apa I dengan budak-budak tu?! Yang penting bagi I cuma You seorang... You! Only You! Kewujudan budak-budak tu hanya akan mengganggu..." - Azra Adelia.
"Mengganggu kau cakap?! Kau dengar sini, aku berkahwin dengan kau pun sebab aku terpaksa! Aku terpaksa disebabkan ianya permintaan papa dan mama aku! Kau jangan sesekali menagih cinta dari aku... sebab sampai kiamat dunia ni pun aku takkan tunduk dengan kau, takkan! Perkahwinan kita hanya di atas kertas!"- Fahad Azweer.
Setelah mengetahui akan kewujudan dua anak kembarnya, Fahad Azweer segera pulang ke tanah air tanpa pengetahuan Azra Adelia. Dia sangat teruja untuk berjumpa dengan dua zuriatnya bersama dengan arwah isteri tersayang. Tetapi, apa yang dia harapkan tidaklah seperti yang dirancang. kedua-dua anak kembarnya kini dijaga oleh Nur Haura Neyla, adik kepada arwah isterinya, Nur Iman Nabila.
"Haura, abang nak jumpa anak-anak abang... di mana mereka sekarang?" - Fahad Azweer.
"Huh? anak? Baru sekarang Encik Fahad sedar yang encik ada anak? - Nur Haura Neyla.
'Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat.'
Afaf Adra binti Mohd Azhar.
Seorang gadis yang bertubuh berisi dan mempunyai gummy smile. Dan penampilannya juga tidak menarik. Dalam diam dia menyukai seorang lelaki yang dia temui di cafe kesukakaanya. Kerana rasa tidak layak dan dia sedar dia sangat jauh dari type lelaki itu, dia hanya meluahkan isi hatinya dalam diari miliknya.
'Saya sukakan awak. Tapi, mustahil untuk awak suka orang macam saya. Saya ni tak cantik.'
'Fii Amanillah the guy I odore the most'
Affan Adry bin Mohd Fathi.
Berkulit hitam manis. Matanya hitam pekat yang mendebarkan bagi yang melihat. Seorang barista dan dalam diam dia juga menyimpan perasaan pada gadis yang selalu mengunjungi cafe miliknya. Di saat hati mula yakin, dia ingin melamar gadis itu ketika ulang tahun kelahirannya.
'Cik Adra, beri peluang pada saya untuk bahagiakan awak sebagai suami awak, boleh.' - (Fa)
Namun satu kejadian tidak menduga terjadi mereka terpisah. Beberapa tahun berlalu, takdir menemukan mereka semula.
'Fi hifzillah fi amanillah'
- saya tinggalkan awak dalam jagaan DIA,
Semoga DIA temukan kita tepat dengan caraNya [Fa]