Části: 29 Rozepsáno Anggun Dalila. Seorang gadis yang menderita gangguan depresi yang melampau akibat sering menjadi mangsa penderaan ibu dan ayah tirinya. Dari luaran , dia merupakan gadis yang mulus dan pendiam. Tidak pernah seumur hidupnya merasakan erti kebahagiaan. Semakin menginjak ke alam dewasa, gangguan depresinya semakin lama semakin menghantui hidupnya sehingga memberi kesan terhadap hidupnya.
Aisy Elhan. Seorang atlet hoki di universitinya dan menjadi kegilaan ramai wanita di mana sahaja dia berada kerana sudah pasti wajahnya yang tampan. Dia merupakan mahasiswi harapan di universitinya kerana tak pernah mencapai CGPA kurang daripada 3.9. Dilahirkan dalam keluarga yang berada namun bak kata pepatah, duit tidak boleh membawa kebahagiaan. Selepas ayahnya berkahwin semula setahun setelah kematian ibunya, ibu tirinya bermaharajalela di rumah tersebut. Semenjak ibu nya meninggal , banyak konflik yang berlaku di rumahnya menyebabkan dia lebih mendiamkan diri dan menyimpan rasa.
Dapatkah mereka menemui kebahagiaan yang tiada penghujung dalam hidup mereka? Adakah semua ujian hidup yang ditimpa mereka akan beroleh kebahagiaan?