Siapa sangka, kepulangan khaleeda Adni ke tanah air dikejutkan dengan kedatangan Adam Daniel yang rakus menjadikan dirinya sebagai tawanan selama sebulan kerana satu alasan utama "Ya Allah, dia nak buat apa dengan aku sampai gari aku macam ni sekali?" - Khaleeda Adni "Dasar perempuan jahat! Kau ingat mak bapak kau nak cari kau ke hah? Anak tak guna macam kau ni sepatutnya diorang dah tanam hidup-hidup dari dulu lagi" - Adam Daniel Apakah penyebab kepada dendam Adam terhadap Khaleeda hingga dia diperlakukan sebegini? "Kenapa kau dapat semua, Khal! Apa lebihnya kau, apa kurangnya aku? Kau rampas semua daripada aku. Kau rampas nenek, mama, Papa Zhar, Kim. Semua!!! Aku benci kau, Khal. Aku benci" - Adam Danial Semuanya terlerai, saat kisah Khaleesya Adni dan Aidil Sadhi diceritakan oleh Lukman. Menjadikan episod cinta buat Adam dan juga Khaleeda. Namun, langit tak selalunya cerah. Tengku Akimi muncul, menagih janji daripada Khaleeda saat dia sudah terikat. "Khal jangan tipu Kim. Khal tak setia pada janji kita. Empat tahun Kim sanggup tunggu Khal, demi janji yang kita buat. Kenapa Khal terlalu senang lupakan semua tu? Kenapa Khal?" - Tengku Akimi Segalanya menambah kekusutan dalam hidup Khaleeda tika dia mencari erti kebahagiaan. Mampukah bahagia kembali ke pangkuan dirinya? Semuanya tercoret kemas dalam Jurnal Aishiteru.