Cinta Hati Adam. [Diterbitkan]
  • Reads 396,677
  • Votes 5,099
  • Parts 9
  • Reads 396,677
  • Votes 5,099
  • Parts 9
Complete, First published Apr 12, 2020
WN | 02

Nukilan : Wawa Nabilla
mula : 0420
Cover : Stargazell






Perkenalannya dengan gadis istimewa itu benar-benar mengubah hidupnya. Dengan orang lain dia dingin sedingin air batu tetapi, bila bersama dengan gadis itu dia lembut selembut haruman downy. 


"Abang kacak! Nampak mama kita tak?" Kaki kanannya terasa berat. Segera dia tundukkan wajah melihat seorang gadis sedang memeluk kakinya. 

"Kau dah kenapa perempuan?" Dia cuba melepaskan kakinya. Orang sekeliling mula memandang mereka pelik. 

"Abang Kacak! Puteri nak mama! Puteri nak mama!" Gadis itu mula merengek. Bila-bila masa saja tangisannya akan pecah. 

Dia menggaru kepala pening. Suara nyaring gadis itu memenuhi segenap ruang dewan tertutup yang besar ini. Sudahlah penuh dengan beratus manusia ternama. 

"Weh perempuan. Bangunlah!" Bisiknya keras. Dia cuba tayang sengih lebar kepada mata-mata yang memerhati. 

Tangisan gadis itu pecah. Kuat dan nyaring. Makin tak keruan Jejaka itu apabila gadis itu mula tergolek-golek di atas lantai. Sudahnya dia terpaksa bercangkung memujuk gadis itu.

"Kau ni kenapa? aduhai!" Dia berbisik keras. Dah boleh jadi bini orang tapi perangai macam budak umur setahun je ni kenapa. 

"Nak mama! Puteri nak mama!" Gadis itu menghentakkan kakinya ke lantai. Wajah sudah sememeh dengan hingus dan airmata. 

"Okay, okay! Kita cari mama kau. Berhenti nangis." Pujuk Jejaka itu. Mendengarkan kata-kata Jejaka itu, segera Puteri tarik hingusnya. Dia memeluk lengan Jejaka tersebut supaya tidak melarikan diri. 

"Puteri nak mama, abang kacak!" Wajah di kesat pada lengan tuxedo mahal milik si Jejaka. Siap pakej bunyi menarik hingus yang kuat. Jejaka tersebut menahan rasa. Tekaknya loya semacam melihat cecair hijau yang melekat di tuxedo. 




Semakin lama mengenali Puteri dia semakin sayang. Tetapi, keadaan diri Puteri menjadi tanda tanya dia. Adakah keikhlasan dia mencintai gadis itu terbalas? atau dia bertepuk sebelah tangan saja?
All Rights Reserved
Sign up to add Cinta Hati Adam. [Diterbitkan] to your library and receive updates
or
#593kahwin
Content Guidelines
You may also like
Luna: Forgotten Souls [COMPLETE] by Dasyaishere
52 parts Complete
Siapa sangka? Pertemuan yang tiba-tiba itu merubah hidup Luna Althea sekelip mata. Dia kehilangan semuanya. "Perkahwinan bukan macam plaster yang awak tampal untuk luka dan harap ia sembuh sendiri. Saya tak boleh buat keputusan hanya sebab saya terdesak." - Luna Althea Dia tiada pilihan selain menerima. Perkahwinan yang terjalin antara mereka bukanlah atas dasar cinta melainkan kepentingan sendiri. Luna diburu oleh sesuatu yang mengancam nyawanya. Entah mengapa dia menjadi sasaran dan diancam oleh musuh-musuh seorang lelaki misteri. Sombra. Lelaki misteri yang sentiasa melindunginya setiap kali dia dalam bahaya. "Aku tak nak kau jadi hak milik seseorang yang tak akan pernah anggap kau sebagai manusia. Aku tahu kau tak selamat, Luna. Dan kalau kau lari, kau akan dikejar. Satu-satunya cara untuk pastikan kau selamat adalah dengan mengikat kau dengan seseorang yang lebih berkuasa." -Ash Luqman Namun makin dalam kebenaran digali, makin mustahil ia kedengaran seolah-olah dunia ini cuma ilusi yang penuh dengan cerita yang tak terjangkau akal. Luna makin buntu. Dia seakan terhimpit di antara realiti dan ilusi. "Saya percaya awak, Ash. Saya percaya awak satu-satunya orang yang saya boleh bergantung... tapi awak tipu saya." - Luna Althea Ketika nyawa Luna benar-benar di hujung tanduk, Ash harus memilih sama ada membiarkan dirinya kehilangan wanita yang dicintai atau mempertaruhkan segalanya untuk mendapatkannya semula. "From the moment I saw you, I never wanted you to see this side of me. I never wanted you know. Because I didn't want the woman I love to hate me..." - Ash Luqman Di antara pengorbanan dan sakitnya sebuah kebenaran, mampukah mereka menemui bahagia? Bagaimana jika takdir itu membawa mereka ke jalan yang menyakitkan?
You may also like
Slide 1 of 10
Aryan Wong : Badboy For Her (Complete) cover
Princess Agnes And Her Lost Kingdom [COMPLETE] cover
DAN MASA PUN TERHENTI (Completed) cover
Duhai Hati, Terbanglah |On Going cover
Tentang seseorang cover
Duri di antara kita [ C ]  cover
Luna: Forgotten Souls [COMPLETE] cover
Peluang Kedua Buatku (S2) cover
Awekku Playboy ✅ cover
Meow Covershop✅ cover

Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)

61 parts Complete

Badboy dan perempuan malang? Boleh ke bersatu? Alia Wafia, seorang perempuan yang boleh dikatakan bernasib malang di dalam hidup. Dibenci keluarga? Kena pukul? Kena fitnah? Semua pernah. Sampai dihalau keluar dari rumah kerana difitnah. Dari situlah dia berjumpa dengan heronya. Aryan Wong, seorang lelaki yang digelar sebagai seorang badboy oleh orang yang mengenali dirinya. Dirinya dilimpahi dengan kesenangan dari kecil lagi. Tak pernah bercinta sehinggalah dia berjumpa dengan heroinnya. Mula-mula, tak nak pun ada walau satu perasaan. Lama-lama, terbit rasa cinta di dalam hati Alia dan Aryan. Dengan Alia yang menawan dan Aryan yang jenis melindungi, hidup mereka saling melengkapi. Namun, tindakan Aryan yang telah menolak cinta Alia membuatkan Alia beralih arah. Dan apabila Aryan mula menyedari hatinya mula terpaut pada Alia, adakah dia dapat menawan hati Alia semula? start: 7 March 22 re-publish: 12 May 22 end: 10 June 22