C │PUJAAN HATI TUAN INSPEKTOR
20 parts Complete Simple and short story by @lazysya
"I'm not someone you should date." - Zea Xavera
"Yes, I know. You're someone I should marry." - Daniyal Farique
DANIYAL FARIQUE
Bukan mudah bagi seorang Inspektor polis seperti dia untuk mencari pasangan hidup. Hasilnya, dia telah membujang selama 30 tahun. Uminya pula tak henti-henti mendesak agar dia segera berkahwin. Tapi nak cekau siapa? Awek pun tak ada! Sampailah satu hari, dia bertemu dengan cinta pertamanya. Masalahnya? Awek tu beku tahap ais Antartika.
Setiap usaha yang ditunjukkannya dipandang sepi. Dia ditolak mentah-mentah.
ZEA XAVERA
Seorang gadis hebat yang berjaya menjadi doktor pada usia muda. Kini berumur 25 tahun, hidupnya masih solo. Bukan tiada yang ingin, tapi dia yang tak mahu. Luka silam membuatkan dia serik untuk bercinta lagi. Fokusnya hanya pada kerjaya dan keluarga.
Semuanya berubah apabila seorang Inspektor sado tiba-tiba muncul dalam hidupnya dan terus "menyemak". Hatinya mula goyah, hidupnya mula tak tenang.
Daniyal mengejar. Zea menjauh.
Semakin Zea jauh, semakin Daniyal kejar.
"Semakin ku kejar, semakin kau jauh..." Eh, tiber!
Bukan senang nak cairkan hati doktor beku ni. Tambah pula dengan jadual kerja Daniyal yang padat, makin susah nak mendekatinya.
Mampukah Zea menahan hatinya daripada jatuh cinta lagi?
Dan mampukah Daniyal bertahan demi memiliki hati beku sang doktor muda ini?
"Loving you is like breathing. How can I stop?" - Daniyal Farique
(Finished)