Camelia Natasya. Seorang gadis kacukan yang mempunyai sepasang mata bulat yang berwarna biru membuatkan ramai terpikat. Merupakan gadis yang berbeza dari gadis biasa kerana meminati bidang automobile sejak kecil. Adakah dia seorang gadis yang mudah jatuh cinta pada seseorang? Daniel Zarith. Bad Boy yang menjadi pujaan ramai gadis. Setiap gerak gerinya pasti akan menarik perhatian. Mempunyai wajah melayu yang asli, tidak putih dan tidak juga terlalu gelap. Badannya yang sasa serta tingginya yang berbeza dengan lelaki melayu biasa menambahkan lagi ketidakkeruan seorang wanita apabila memandangnya. Adakah dia setia dalam percintaan? "I'm Daniel Zarith. Call me Daniel" ".....I'm Tasya...." Detik perkenalan Tasya dan Daniel yang bermula disebabkan chewing gum tetapi ia cukup membuatkan mereka jatuh hati antara satu sama lain. Adakah pengenalan itu membantu mereka untuk mengenali antara satu sama lain?