Jap jap jap. Dah tengok 'INNOCENT HEART: first era' belum? Dah? Ha! baru boleh baca 'INNOCENT HEART 2: triplet truth' ni! Karya agung author kali ni berkisarkan tentang tiga kembar yang bertemu kembali di sekolah HIBISCUS INTERNATIONAL SCHOOL (H.U.S) setelah lama berpisah. Adakah ini satu kebetulan? Batrisyia bersetuju dengan tawaran Fateh dan Bella agar dia berpindah ke Malaysia bagi menduduki SPM. Dalam masa yang sama gadis itu ingin mencari kebenaran dari satu surat misteri yang diterimanya tika di Amerika. 'FIND BADROL FOR THE ANSWERS' Batrisyia menjeling gambar itu sinis. "She's not Bella" gambar misteri itu menambah rasa ingin tahunya. "Bukan rumah sebelah tu keras ka Uncle?" teka Syeid berdasarkan khabar angin yang didengarnya sebelum ini. "Rumah sebelah tu dulu berlaku pembunuhan. Itu yang orang reka cerita hantu tu" jawab Azam. Batrisyia mengesyaki kematian mamanya bukanlah satu tragedi silam. Tetapi sebuah pembunuhan yang dirancang! Apa yang berlaku seterusnya? Adakah Batrisyia dapat mencari kebenaran? Bagaimana gadis itu mampu mengenal pasti musuh dalam selimut? Semuanya telah didedahkan dalam novel ini. DISCLAIMER👽👽 Nama syarikat, organisasi, nama tempat dan latar belakang watak hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kena-mengena dengan yang hidup atau mati. Beberapa dialog watak mengandungi Bahasa Inggeris yang mudah difahami. Terdapat beberapa penggunaan bahasa kasar dan keganasan dalam watak yang tidak patut ditiru. So, enjoy the story!
More details