Cermin

Cermin

  • WpView
    Reads 1,490
  • WpVote
    Votes 258
  • WpPart
    Parts 15
WpMetadataReadComplete Fri, Jul 17, 2020
WpInfo
Fiction
Horror
{COMPLETED} -:2020:- Cover by: @fiyaalawa "Kau biar betul Khai, tak kan lah cermin cantik cam ni berhantu?" Ujar Apik. Khai menunjukkan cermin kakaknya itu kepada kawan baiknya. Manalah tahu kawannya yang seorang itu boleh tolong. Walaupun dia tahu Apik tidak akan mempercayai ceritanya. "Betullah, aku dah banyak kali mimpi pasal kakak aku dengan cermin ni, uncle yang aku jumpa hari tu pun cakap benda yang sama. Memang aku pasti ada sesuatu dalam cermin ni." Terang Khai kemudian menghirup teh tarik panas. "Tapi Khai, mimpi kau tak semestinya betul, itu semua permainan syaitan. Lagi satu, kau percaya bulat-bulat ke apa yang Apek tu cakap? Entah-entah anak dia mati sebab lain, dia kata sebab lain. "So, kau tak percaya ah ni? Aku dah agak dah, kau tak akan percaya." Kata Khai dengan nada ala-ala merajuk. Mengada-ngada. "Benda-benda mistik ni memang wujud Khai, dan aku percaya semua benda mistik ni. Tapi, aku cuma nak ingatkan kau untuk hati-hati. Takut kau terpesong." Kata Apik. Dah macam ustaz dah dia terang. "Tapi kalau betullah apa yang kau cakap ni, aku akan tolong kau. Aku akan ikut perjuangan kau. Gituh....." Sambung Apik. "Pandailah kau, apa yang kau nak tolong? Apa yang kau nak ikut? Ha jawab-jawab. Perjuangan konon! Aku nak tahu rahsia cermin ni aje pon, bukan nak daki Gunung Everest!" "Hahahahah! Yela, kalau kau nak pergi mana-mana untuk dapatkan maklumat pasal cermin yang puaka lah sangat ni, bagitahu aku. Biar aku ikut, kau tu bukan boleh percaya sangat, kang bomoh manalah kau jumpa nanti. Relaxlah bro, bengis betul. Patutlah single. Kata Apik. Ayat 'Patutlah single' itu disebutnya perlahan. Harap-harap Khai tak dengarlah. "Apa kau cakap?! Kau ingat aku tak dengar?! Hello! Aku single sebab aku tak jumpa lagi orangnya, bukan sebab aku bengis. Lagi satu, aku bengis kalau dengan kau aje!" "Jadi, kat mana kita nak mula ni?" Tanya Apik kepada Khai. Khai tidak mejawab tetapi memandangnya dengan senyum sinis. . #goldaward2020
All Rights Reserved
#1
cermin
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • IDENTITI:2
  • Nyctophile 🌬
  • She's Mine[C]
  • CERPEN: Nyawa dan Hati
  • SEIRAS TAPI BUKAN KEMBAR 2 SERIES  C
  • Di Sebalik Senyuman
  • Her  Bad Boy - [ɌȺF]
  • [C]Gangster Mafia Suami aku???
  • HIS UNIVERSE
  • APA YANG AKU NAMPAK? [COMPLETED]

Identiti:2, Cermin. Ada sedikit kaitan dengan Fixi's Identiti available in Wattpad only *** Mazlan seorang lelaki biasa yang gemar bersuka ria dengan teman sebaya. Semuanya kelihatan indah sehinggalah dia diganggu satu mimpi yang bukan biasa-biasa. Izzat adalah rakan baik Mazlan yang sekepala. Siapa sangka dia bakal mengetahui sesuatu yang tidak diduga walaupun segalanya hanyalah kebetulan semata-mata. Adib cuba menarik rakan-rakannya untuk sentiasa berada di jalan yang benar. Namun, mana ada manusia yang suci daripada debu dosa. Dalam dunia ni, kita tak akan kenal seseorang tu 100%. Pasti akan ada sisinya yang kita tak tahu. Apabila kita memaksa diri untuk tahu semua benda, padah akan menimpa! Sebab itulah, ada yang kata, kadang-kadang lebih baik tak tahu in detail dari terlalu tahu, takut kita tak boleh terima kenyataan. Mazlan tidak tahu yang dirinya telah melakukan kesalahan besar bersama empat rakan lain. Pelbagai siri gangguan mula menerpa diri mereka semua dan rahsia yang mereka cuba simpan kemas sedikit demi sedikit mula terburai di hadapan sahabat semua. Percutian ke Langkawi menjadi salah satu detik hitam dalam hidup mereka apabila dosa lalu mengejar kembali untuk dilunaskan. Hutang darah harus dibayar darah! Mampukah mereka menyelamatkan diri dari lipatan takdir? Apakah sekeping cermin mampu melindungi mereka? Ada apa dengan cermin? Ada di antara mereka yang menikam dari belakang demi menyelamatkan diri, namun siapa? Dalam kekalutan yang menimpa, masing-masing menanam kata-kata keramat dalam hati : "Korban itu perlu dalam misi menyelamatkan diri! Korbankan orang lain atau terkorban. Kau yang pilih!"

More details
WpActionLinkContent Guidelines