Cassandra Hudson.
Cantik. Bermata hijau, hidung mancung dan bibir yang menggoda. Sekali pandang, semua lelaki bakal jatuh kepadanya!
Namun... Dia sebenarnya, heartless. Keras kepala. Dingin. Kejam. Pembunuh. Langsung tidak pernah tersenyum.
Pistol? Itu adalah sahabat sejatinya. Mungkin lelaki memandang rendah kepadanya. Namun, semua rekod tembakannya, semuanya tepat mengenai kepala. Berkecai!
Cucu ketua mafia berpengaruh di dunia. Tiada apa yang mampu menggentarkan sekeping hati gadisnya. Langsung tiada!
Cuma dia hanya ada satu misi. Misi mencari siapa pembunuh kedua ibu bapanya. Dibunuh begitu kejam. Bagaikan tiada simpati. Dia akan pastikan pembunuh itu akan mati di tangannya. Secara kejam!
Hairel Farhan.
Lelaki kacak abad ini! Bermata hitam pekat, hidung mancung dan bibir nipis pink. Anak ustaz terkenal.
Namun hidupnya cukup membosankan. Sebagai seorang doktor, dirinya langsung tiada masa untuk bersuka ria. Cinta? Tiada. Single mingle tujuh keturunan!
Kejadian dirinya terlanggar gadis bermata hijau kembali menghantui dirinya. Otaknya tidak dapat melupakan gadis cantik itu.
Namun disebabkan kerana satu peristiwa, dia dan gadis itu berkenalan.
"No ways to get out from my life, honey.."-CASSANDRA HUDSON
"Aku cintakan kau. Disebabkan aku cintakan kau, aku nak bawa kau ke jalan yang betul,"-HAIREL FARHAN
"If you left me, you will die,"-CASSANDRA HUDSON
"Ajal maut, jodoh itu semua ketentuan yang ditakdirkan oleh Allah S.W.T, Cass. Dan kau bukan Allah untuk tentukan aku mati atau hidup,"-HAIREL FARHAN
"Who Allah?"-CASSANDRA HUDSON
"Pencipta kau. Pemilik semua benda dan makhluk di atas muka bumi ini bahkan di galaksi juga. Pencipta yang mewujudkan rasa cinta aku pada kau,"-HAIREL FARHAN
"He dont love you, Cass. Just come back to me please, honey... I dont kill your parents! Trust me, my love! He just want you to change!"-IAN
Dengan kuasa Allah, tiada sebesar zahrah pun mustahil.
Start : 8/5/2020
End :
[ON-HOLD FOR FASA : 2] (unedited)
Start : 10 Januari 2025
End :
Ersana Yildiz - Darah yang mengalir dalam tubuhnya bukanlah darah diraja. Tetapi darah seorang ketua nakhoda kapal dan ejen terkemuka. Dibesarkan dengan kekerasan menjadikan dia seseorang yang tak dapat didekati ketika dia dewasa.
"Penipu sentiasa ada. Yang membezakannya, siapa dia dalam hidup kau." - Sarah
Sebuah insiden mendedahkannya kepada dunia. Namun perkara yang disangka berlaku tidak langsung terjadi. Dia mendapat penghargaan dan terkenal secara tiba-tiba. Tapi tatkala peperangan berlaku, adakah penghargaan dan terkenal itu membawa maksud apa-apa?
"Mereka sahkan tentera kita sudah meninggal dunia kecuali Ersana. Jejak dia tak dapat dikesan." - Shah Arfan
"She must be dead by now." - Ibrahim
Dirinya keseorangan dalam kawasan peperangan. Tubuh yang susut membawa senjata yang berat. Selepas 3 tahun, dia pulang ke tanah air. Namun segalanya telah berubah.