SALAHKAH AKU TERJATUH CINTA | sudah terbit
12 parts Ongoing TERBITAN MAC 2025 | FAJAR PAKEER
Orang selalu berkata, cinta itu buta. Buta sampaikan red flag seseorang lelaki pun dilihat sebagai greenflag. Thea Harissa, seorang gadis yang polos dalam hal-hal hati, tanpa sedar telah terjerat dalam permainan perasaan yang penuh helah. Pertemuan pertama dengan Danial Aqasha, telah membuatkan hati Thea mencair dengan setiap kata manis yang keluar dari bibir lelaki itu.
Di sebalik pujian manis dan perhatian yang diberikan, Danial Aqasha ternyata memiliki sisi yang mengecewakan, yang membawa kepada episode patah hati seorang Thea Harissa. Danial Aqasha lebih memilih orang lain berbanding dirinya.
"I don't want to be your second option, Dani. Let alone to be a place where you only passed by and never have a glance." - Thea Harissa.
Saat luka itu masih bernanah, hadir Kee Affandi, lelaki yang pada awalnya dia anggap menjengkelkan dengan cara bicaranya yang penuh sinis dan perasan.
"Muka ada iras-iras pelakon Thai ni you cakap macam penjual sayur? You really
have a bad sight Thea. Kita pergi hospital jom, sayang? Check mata." - Kee Affandi.
Kehadiran Kee Affandi, dengan tutur katanya yang kadang menyakitkan hati meruntuhkan tembok hati Thea yang terluka. Ketika Thea hampir memberi hati lagi, takdir ternyata masih mahu menguji. Kee Affandi, lelaki yang disangka berbeza, tesahajarnyata sama seperti yang pernah melukai hatinya.
"Sumpah you lelaki loser. I hope kifarah gets you." - Thea Harissa.
Buat kali kedua, Thea Harissa menjadi pilihan yang terakhir. Cinta yang diharapkan, ternyata tidak dianggap wujud.
Jadi, salahkah dia kerana terjatuh cinta? Masih wujudkah cinta sebenar untuknya, atau dia hanya seorang pengembara yang tersesat mencari sesuatu yang tak pernah ada?
"Cinta itu tidak semestinya memiliki. Adakalanya perpisahan adalah jalan terbaik dan itu harus direlakan."