Hikayat Ratu Kayangan...
Kerana kasih,
Keabadian terucap,
Kerana dendam,
Kesakitan berabad terpaksa dihadap,
Kerana sumpahan,
Dia masih bertahan,
Kerana ikhlasnya sukma,
Dia membawa harapan...
.....
Pabila dia melangkah,
Kegelapan mulai pudar,
Cahaya menyinar terang,
Layu terus menjadi subur,
Bunga-bungaan indah memekar,
Derita menyirna berganti bahagia,
Sepi dipenuhi kasih sayang,
Impian bagaikan terhidang di hadapan,
Tapi...
Apakah balasan ini sesuai untuk si 'dia'?
Terperangkap kerana dendam dan ungkapan sumpahan?
Apakah keseksaannya menjadi galang ganti kebahagiaan?
Kesakitan terus dirasa,
Darah deras meluncur keluar,
Kederitaan semakin memerit,
Sukma semakin luka,
Luka semakin membesar,
Membesar yang tiada noktah,
Noktah kehidupan sang Ratu Kayangan...
Mula:7/5/2020
~Hiatus seketika~