"Bersedia untuk berperang!" Dayana, anak sulung dari Planet Surnova bersama 7 pemerintah dari negara yang berbeza dalam misi menumpaskan era pemerintahan Raja Khuraja, pemerintah zalim demi menyatukan sebuah negara yang lebih harmoni dan bertamadun. Tidak cukup dengan itu, mereka juga harus menyelamatkan jutaan nyawa manusia dari serangan yang bakal penduduk Bumi hadapi. "Akanku berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir!" -Hang Megat "Aku takkan benarkan takhta ini diambil oleh sesiapa!" -Raja Khuraja "Adinda akan buat apa saja demi rakyat jelata!" -Khaisuri "Dah tiba masa rakyat beta dapatkan hak mereka!" -Raja Elian "Pergi matilah, si tua!" -Ratu Lilith II "Mati? Heh, aku takkan mati di tangan kau." -Itawara "Ini untuk bapa aku!" -Yandra "Aku lebih rela mati, daripada maruah dan bangsaku tercalar!" -Jeneral Byung Ho "Aku takkan berhenti selagi semua manusia tidak dijaminkan keselamatan mereka." -Dayana "Apa yang aku dapat? Tak ada apa! Mereka hanya sayang kau!" -Kiarani Pelbagai rintangan dan halangan terpaksa diharungi, demi kesejahteraan manusia sejagat. Tapi, berbaloikah pengorbanan mereka? Adakah manusia akan menghargai segala yang dilakukan untuk mereka ini? Update: random
Thêm Chi Tiết