Qafeel dan Raudha disatukan dalam paksa rela. Qafeel terpaksa. Raudha rela demi seorang ayah yang banyak berjasa. Perkahwinan tanpa cinta sangat sukar untuk Qafeel terima kerana cintanya untuk wanita lain. Hati Raudha sakit saat Qafeel mengaku cinta pada wanita lain. Siapa sangka, pada mulanya tiada rasa cinta, akhirnya Raudha jatuh cinta pada suami sendiri. Raudha berusaha memikat hati Qafeel. Pelbagai usaha dia lakukan demi seorang suami. "Kenapa you cintakan dia Qaf? Kenapa bukan I yang menjadi pilihan you?"- Raudha Sakina. Dan ternyata usaha Raudha sia-sia. Qafeel tidak pernah menghargai setiap usahanya. Malah lelaki itu terlalu ego untuk mengaku apa yang dia rasa. Juga Qafeel tidak suka lelaki lain mendekati Raudha walaupun adiknya sendiri. Kerana satu peristiwa, Raudha memilih untuk membawa diri jauh dari Qafeel. Bukan melarikan diri tetapi merawat hati yang terluka di samping membawa satu rahsia besar yang Raudha simpan daripada pengetahuan Qafeel. Saat Qafeel sedar yang hatinya mencintai Raudha, semuanya sudah terlambat. Raudha pergi membawa hati yang terluka. "Sanggup Qaf lukakan hati Adda. Apa salah Adda pada Qaf?"- Puan Sri Suria. "Saya menyesal Raudha. Sangat menyesal." - Qafeel Tan Sri Taha. Lalu masih adakah peluang untuk Qafeel membaiki silapnya. Dan mampukah Qafeel mendapatkan cinta Raudha kembali? Atau perpisahan jalan yang terbaik? All rights reserved © HezyRose NO PLAGIARISM!!! 🚫All Rights Reserved