Awas! Perangkap Cinta

Awas! Perangkap Cinta

  • WpView
    Reads 31
  • WpVote
    Votes 4
  • WpPart
    Parts 3
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Mon, Jun 1, 2020
WpInfo
Fanfic
Naruto
Tagscinta
PROLOG Dunia benar-benar tidak adil. Oleh kerana tertarik sesuatu yang palsu, aku lupa kepada asal usul siapa diri ini. Kerana nafsu juga, dunia yang aku bina tersungkur akibat kerosakan diri sendiri. Jika duni ini tidak adil, sudah tentu di awal nafas, aku mahu menutup mata. Tidak terlintas untuk melihat segala kezaliman yang terus menginjak perasaan. Persoalan yang selalu terbenam di dalam fikiran, sekiranya dunia ini kejam tiadakah kegembiraan untuk dikecapi? Atau mungkin diri ini dicipta untuk merasai dunia malang. Bohong jika tidak mahu ada rasa kemanisan di dalam kehidupan. Sedar, diri ini bukan insan yang sempurna. Mungkin kesilapan lampau tidak menjadi syarat untuk ada rasa bahagia. Tidak perlu selautan kebahagiaan, cukup hanya sekuman itu sudah cukup bahagia. Aku bangkit. Menyusuri jalan kotaraya yang begitu sibuk. Tidak sekali pun aku menghiraukan mata yang ralit memandang. Aku masih dengan duniaku sendiri. Di kota sebesar ini, sudah banyak mengajar erti sebuah kehidupan. Kehidupan yang aku lalui, menyeksakan tangkai hati. Hati bagai direntap, jiwaku bagaikan hilang mencari diri sendiri. Diri ini selalu bertanya, siapakah aku di mata manusia? mengapa aku dianggap seperti binatang? Maruah dipijak, kebaikan dicalar tetapi kejahatan yang selalu ku terima. Ya, mungkin ada silap aku. Natijah yang diterima beribu kali peritnya. Langkah semakin laju. Tiada hala tuju destinasi. Dunia ini dirasakan bukan untuk diriku. Aku pejamkan mata. Cuba merasai hidup hanya diri sendiri.
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Tanah : Warisan Yang Tertinggal
  • DUDA [Dia Untuk Diri Aku]
  • CINTA MATIKU
  • Hold On✔️
  • 𝑫𝒂𝒓𝒂 𝑷𝒖𝒋𝒂𝒂𝒏 𝑫𝒖𝒅𝒂 (𝑯𝒊𝒔 𝑯𝒆𝒂𝒓𝒕'𝒔 𝑫𝒆𝒔𝒊𝒓𝒆)  | 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐢𝐭
  • Let Me Protect You,My Precious [C]
  • LOVE YOU MY MAID (VERY SLOW UPDATE)
  • Inara Amanda | C
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • Ku Tuliskan Sebuah Kisah Khayalan

"Bumi yang menjadi saksi, tidak pernah berdusta." Sekilas pandang, kawasan itu tidak kelihatan luar biasa. Deretan rumah sederhana, pohon-pohon tua yang meliar di penjuru tanah, dan jalan kecil yang menjadi laluan utama ke kampung. Di sinilah segala-galanya bermula - dan hampir segalanya musnah. Tanah itu dibeli dengan harapan. Sebuah impian keluarga untuk hidup aman, membina legasi dan menyemai kasih sayang dalam komuniti yang rukun. Namun harapan itu tidak pernah selamanya bebas daripada dendam dan tamak manusia. Konflik ini bukan hanya tentang geran dan sempadan, tetapi tentang warisan yang cuba dirampas, kepercayaan yang dikhianati, dan air mata yang tertumpah di atas tanah sendiri. Dari ruang dapur ke kamar mahkamah, dari senyuman jiran menjadi ketegangan bisu yang menyeksa jiwa. Inilah kisah sebuah keluarga yang pernah hidup tenang, sebelum dijatuhkan dengan tuduhan dan tekanan. Inilah kisah perjuangan mempertahankan sesuatu yang lebih dari sekadar hak milik - sebuah sejarah, sebuah maruah, dan cinta yang telah lama bertapak di bumi itu. Kisah ini diilhamkan daripada kejadian sebenar. Namun demi menjaga kehormatan dan identiti semua pihak, nama-nama dan latar cerita telah diolah semula. Ia digubah dengan teliti agar bersesuaian dengan khalayak pembaca, tanpa mengurangkan roh perjuangan dan kebenaran yang ingin disampaikan. Kerana bagi mereka yang pernah benar-benar kehilangan, cerita ini bukan sekadar rekaan. Ia adalah kenangan yang bernafas dalam setiap hela nafas kehidupan mereka.

More details
WpActionLinkContent Guidelines