Hikayat Gempa

Hikayat Gempa

  • WpView
    Reads 113
  • WpVote
    Votes 8
  • WpPart
    Parts 3
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Tue, Oct 6, 2020
WpInfo
Fiction
Action and Thriller
Hikayat ini mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Muhammad Taufiq yang berumur 18 tahun. Hidupnya bersederhana, tidak terlalu kaya dan tidak terlalu miskin. Dia sekeluarga menjalankan perniagaan menjual roti di Kampung Kaca Biru, sebuah kampung kecil yang harmoni. Namun, kehadiran seangkatan tentera kejam 7 tahun dahulu ke daerah itu mengubah segala-galanya. Tidak lagi kelihatan kanak-kanak kecil yang bermain di halaman rumah, tiada lagi jiran-jiran peramah yang datang menyapa. Taufiq yang sudah puas hidup dalam keadaan dicengkam kebebasannya, berusaha untuk membebaskan kampung halamannya daripada cengkaman tenteran zalim itu. Menyedari akan satu gerakan revolusi daripada rakyat daerah Delimatis, Tentera zalim itu kini bercita-cita untuk membinasakan daerah Delimatis sepenuhnya sehingga menjadi padang jarak padang tekukur. Mereka adalah barisan makhluk berperisa yang berwajah bengis. Mereka bergelar... Tentera Taring Iblis.
All Rights Reserved
#6
lukisan
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka
  • BUKAN MALAIKAT MAUT [C]
  • Takdir Itu Milik Aku
  • Terbang
  • TRIPLE TROUBLE: Taste of Love (BL MALAYSIA) [ON GOING]
  • Lamaran Buat Jelita (Free Chapter)
  • Manis Tentang Kita (Free Chapter)
  • Untukmu Cinta (Bonus Bab Awal)
  • Penulis Yang Tak Diiktiraf

Di sebalik tawa yang lantang dan senyum yang ceria, tersembunyi jiwa yang letih, Harith Zafriel Bin Nazreen, anak sulung dari tujuh beradik, yang tidak pernah diberi pilihan untuk menjadi 'anak'. Sejak bayi, tubuhnya lemah diserang asma, namun jiwanya dipaksa kuat untuk menanggung retak-retak keluarga yang semakin membesar. Zafriel bukan hanya abang, dia juga pelindung, penghibur, dan peredam api dalam rumah yang selalu bergolak. Ummi dan Abah, dua figura yang disayangi tapi juga menyesakkan. Tegas, bertengkar, saling menyayangi dalam cara yang salah. Ketika hampir bercerai, keputusan seorang adik mengubah haluan keluarga, namun tidak pernah memulihkan trauma Zafriel yang mulai takut akan konflik, dan hidup dalam ketakutan bayangan masa depan yang selalu buruk. Di rumah, dia memaksa dirinya menjadi badut, tertawa lebih kuat daripada luka. Tapi di sekolah, dia jadi senyap, introvert, hanya ingin menjaga air muka Ummi yang juga guru kaunselor di sekolahnya. Dia takut buat silap. Takut merosakkan maruah keluarga. Takut jadi 'beban'. Dan di satu ketika, dia pernah dibuli. Dipermalukan. Dipinggirkan hanya kerana menjalankan tanggungjawab menjaga adik-adiknya ketika ibu bapa tiada. Tapi seperti biasa-dia diam. Dia redha. Kini, Zafriel sudah 18 tahun. Diterima masuk ke sebuah kolej jauh dari kampung halamannya di Kelantan. Jauh dari suara jeritan, dari beban tanpa rehat, dari wajah-wajah yang disayangi tapi melukainya tanpa sedar. Namun, di tempat baru ini, Zafriel tidak hanya akan menemui pelajaran, dia akan menemui dirinya. Temui luka-luka lama yang belum sembuh. Temui manusia yang mahu mendengar tanpa menghakimi. Temui batas antara pengorbanan dan penghapusan diri. Dan yang paling penting, temui keberanian untuk hidup bukan semata-mata untuk mereka, tetapi juga untuk dirinya sendiri. kisah benar emosi seorang remaja yang terlalu awal menjadi dewasa, perjalanan mencari ruang untuk mencintai diri dalam dunia yang sering lupa bahawa anak sulung juga hanya manusia.

More details
WpActionLinkContent Guidelines