The Reyes's Maid Hadirnya setia dalam hidup aku, tempat di mana orang datang dan pergi. Dia, TUAN DAMIAN REYES. Lelaki bersifat misteri dan sedingin ais ini merupakan seorang pemilik sebuah syarikat yang menghasilkan alat teknologi dengan kemahiran IT yang hebat. Hanya beberapa orang yang dipercayai kerana kenangan lampau telah mengajar. Dia benci akan darah daging sendiri yang tinggal. Keluarga? Perkataan itu langsung tidak wujud dalam kamus hidup lelaki digelar Sir Ace. Kerana itu lah Adrianna menganggapnya memiliki segalanya namun tiada segalanya. ADRIANNA CARISSA, seorang perempuan degil yang kuat memberontak. Kisah hidup Adrianna sangat misteri seperti kewujudan Tuan Damian. Hidup dia berpaksikan pencarian ibu bapanya yang menghilang sejak dia masih kecil. Dia dan Tuan Damian bagai langit dan bumi. Pendapat dan pemikiran mereka sangat berbeza malah mengeruhkan keadaan dengan ego masing-masing. Tidak hanya dia dipaksa menjadi pembantu rumah, dia juga dipaksa berkahwin atas permintaan lelaki itu! "Dari awak cipta robot awak, lebih baik cakap dengan saya yang bernyawa ini macam awak!" "Kau ini umpama bugs dalam codes aku. Menyusah lagi menyemak." "Tapi bugs itu juga yang selalu awak cari dalam codes kan?" "Cari untuk dibuang!" Rahsia tentang keluarga Adrianna disimpan atas sebab tersendiri namun usaha Adrianna tidak pernah putus. Dapatkah Adrianna tahu kisah sebenar dan berjumpa kembali keluarganya? Apa kaitan Tuan Damian dengan ibu bapa Adrianna?
4 parts