Yaya sama sekali tidak pernah membayangkan bahawa hidupnya akan berubah dalam sekelip mata sahaja . Namun , itulah yang terjadi apabila dia terjaga pada suatu hari . Kemunculan Boboiboy yang diperkenalkan sebagai suaminya amat mengejutkan sedangkan Yaya sama sekali tidak mengenali siapakah lelaki itu . Retrograde amnesia . Itulah sejenis gangguan terhadap memori selepas berlakunya sesuatu trauma . Itulah kata doktor yang merawatnya setelah Yaya terbabit dalam satu nahas jalan raya . Itulah juga punca dia tidak mampu mengenali suaminya sendiri . Lantaran keliru dengan apa yang berlaku , Yaya nekad mahu mencari jawapan . Penemuan sebuah jurnal hitam akhirnya berjaya menemukan jawapan . Sayang seribu kali sayang , di saat perasaan kasihnya mula bertunas , Yaya dikecewakan oleh Boboiboy . Boboiboy ternyata berdendam atas apa yang telah berlaku sebelum ini . Dia seolah-olah tidak mahu Yaya wujud langsung di dalam hidupnya . Boboiboy mahu Yaya segera berambus dan hilang dari pandangannya agar Yaya tidak mengganggu kehidupannya lagi . Lantas , perlukah Yaya cuba menggamit kenangan lalu jika hanya akan dimusnahkan oleh Boboiboy ? Mengapakah Yaya dihukum sedemikian rupa olehnya ? Mahu tahu dengan lebih terperinci ? :-) Jemputlah baca buku saya ini ! (•‿•) WARNING ! : - BoYa Ship Content . - OOC ( Out Of Character ) . - Typo berada di mana-mana sahaja . * STATUS : HIATUS .