" Akan tiba satu saat kau akan berterima kasih pada masa lalu. Mungkin dahulu pedih tetapi itulah yang mengajar kau untuk berdiri diatas kaki sendiri " Itu adalah kata-kata Aisyah Humairah yang disemat dalam hidupnya dahulu dan kini. Kehidupan seorang gadis biasa dengan ber'tittle' anak luar nikah ini telah menjadikan seluruh hidupnya tidak aman damai. Namun , Aisyah masih punya keluarga. Walaupun hidupnya dicaci oleh masyarakat , Aisyah tetap teguh mencapai hasratnya untuk mengubah kehidupannya. Tatkala itu , Aisyah mula jatuh cinta kepada rakannya , Fawwaz. Namun , semua pun tahu bahawa Fawwaz dan Aisyah tidak akan bersama. Hal ini kerana Fawwaz yang punya perasaan terhadap rakan mereka , Hanis. Hanis seorang pelajar 'top' disekolah mereka. Bukan sahaja dikenali sebagai pelajar paling pintar , malah kehidupannya yang serba mewah dan hidup yang sangat sosial. "Aisyah , aku bukan apa. Tetapi kau tak ada cermin kah di rumah? Baik kau cermin diri kau tu dulu ecah. Kau tu bukan tak cantik , tapi kau tu kena kuruskan badan kau , otak bagi asah dulu macam si Anis tu. Barulah kau boleh ngorat aku. Kalau kau nak tahu , aku dan kau? heh bagai langit dan bumi. Aku dan Anis pulak? Mestilah bagai pinang dibelah dua. " Meski bertahun lamanya , ia tetap segar dalam ingatan Nur Aisyah Humairah. Namun , apa yang dapat dilakukan oleh Aisyah? Hanya dapat mencuba untuk melupakan segala memori pahit dan manis tersebut. Meskipun dahulu Fawwaz selalu menceriakan hari Aisyah , tetapi itu hanyalah taktik untuk mendapatkan Nur Hanis Zulaikha. Aisyah yang kini ingin mencapai cita-citanya menjadi seorang pensyarah telah menemukannya dengan jejakan kelahiran Brunei itu. Seorang lelaki yang bekerjaya yang juga datang dari keluarga yang susah. Namun , kejayaan itu yang telah merubah kehidupan mereka berdua. Namun , episod cinta Aisyah masih belum berlalu dibawa angin. Cintanya masih belum pudar. Tetapi , Mampukah jejaka itu memiliki cinta yang suci Nur Aisyah Humairah?
1 part