Hidup tidak seindah yang kita sangkakan. Terutamanya bagi seorang wanita bernama Jisoo yang dilahirkan dengan penuh misteri. Dicaci, dibenci, dihina, dikhianati sepanjang masa, kurang kawan tapi ramai haters. Apa sahaja yang di lakukan oleh jisoo ada sahaja orang yang membenci dan menghina. Jisoo dilahirkan tanpa kedua ibubapa. Jisoo dibesarkan oleh seorang jejaka. Jejaka itu menjaga jisoo dengan penuh kasih sayang dan jisoo menganggap dia sebagai abang kandungnya sendiri. Tetapi, jisoo tidak pernah mengetahui asal usul jejaka itu. Apabila jisoo mengetahui asal usul jejaka itu, jisoo mula menjauhkan diri daripada dia. Suatu hari, Jisoo terjumpa sekeping sampul surat misteri yang ada kena-mengena dengan kedua ibubapa dia. Apabila umurnya sudah meningkat dewasa, dia tekad untuk mencari kedua ibu bapanya dan orang yang mengirimkan sampul surat itu. Tanpa dia sedar, seseorang sedang memerhatikan dia dari jauh. Setiap perbuatan yang jisoo ingin lakukan pasti ada sahaja masalah yang akan timbul. Sehinggalah jisoo bertemu dengan seorang tukang kebun. Sejak itu, hidup jisoo berubah menjadi lebih misteri. +Apakah yang terjadi kepada jisoo? +Dapatkah jisoo mencari kedua ibubapanya? +Siapakah yang menjaga jisoo dari kecil ? +Siapakah tukang kebun yang jisoo temui itu? - semua persoalan bakal terjawab dalam cerita ini- Start : 4 May 2020 End : - Credit to @-justsugar ... Thanks for wonderful cover ❤ ^^=Cerita ni 100% idea author sendiri, no copy copy ok?=^^ Selamat membaca.All Rights Reserved