will you marry me ? not the best promise but I'll try to be the best for you, i hope the answer is yes, please don't ask why i did all this " - tulisan itu tertulis cantik pada sehelai kad bersama sekotak cincin yang berwarna merah. Kisah seorang gadis Adellia Dahlia yang pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja membantu ibu bapanya di kampung telah ditemukan dengan seorang jejaka Adam Daniel yang kehilangan isterinya Qistina Delisha yang paling dia cintai. Gadis itu juga pernah bertunang dan mempunyai kisah silam yang amat dia kesali. Dia disatukan dengan Adam Daniel secara rela. Adakah cinta dan sayang mereka dapat dipupuk? Namun, masjid yang dibina itu hampir runtuh kerana suaminya mula tekad membencinya setelah mengetahui siapa gadis itu yang sebenar. " Dasar keturunan pembunuh. " - Adam Daniel. " Saya minta maaf bagi pihak keluarga saya yang sudah membuat Encik Adam hidup menderita. " - Adellia Dahlia. Selepas gadis itu mula meninggalkannya. Hati Adam berasa gelisah dan tidak tenteram dan membuat keputusan mencari isterinya semula. Adakah Adam berjaya menemui isterinya? Adakah Adellia akan menerima Adam sebagai suami seperti sebelum ini?