Setelah dua tahun melayari bahtera perkahwinan, Alia dan Izani semakin bahagia. Berita gembira yang pasangan suami isteri ini inginkan akhirnya kunjung tiba. Daripada bahagia, kepada double bahagia apabila mereka bakal menjadi parents-to-be!
Banyak perkara yang berlaku sepanjang Alia menjadi preggy mommy. Ada saja benda yang tak kena di matanya, ada saja benda yang dijadikan sebagai bahan untuk bergaduh dengan Izani.
"Alia, kenapa tak makan sayur ini?" - Izani
"Tak nak, saya nak muntah makan brokoli itu. Asyik makan brokoli saja, nanti saya pun ikut bertukar jadi hijau. Silap-silap dengan baby sekali, bertukar jadi hijau." - Alia
Setiap perkahwinan akan ada detik bahagia dan detik perit. Alia cuba untuk memberikan sepenuh kepercayaan kepada Izani walau apa pun yang berlaku. Tinggal Izani saja yang perlu gunakan peluang yang diberi sebaik mungkin.
"Kalau dulu awak pernah tanyakan soalan ini dekat saya. Sekarang saya tanya awak, hati awak ada dengan saya ke?" - Alia
"Hati saya dari dulu hingga sekarang, hanya ada nama awak, Alia Qaisara. Forever yours."
Published: 6 Mei 2020
Mama nak kahwin lain?! Oh no! No! No! No! Tak boleh! Tapi, keputusan dah dibuat dan aku terpaksa bersetuju. Dan... Bakal abang tiri aku tu ialah orang yang paling aku tak sangka langsung! Seriously dia ke?! Tidak!!!
Setahun kemudian, mama aku pergi meninggalkan aku. Jadi sebatang karalah aku. Nasib baik jugak ayah tiri aku masih melayan aku sebagai anak dia. Kalau tak, memang aku lari dari rumah pergi duduk balik rumah arwah mama dan abah. Tapi, lain pula yang jadi bila aku disuruh kahwin dengan mamat otak batu macam dia ni. Stres tahu tak?!
"Eh! Kau ingat! Kau tu adik tiri je tau! Jangan nak panggil aku abanglah! Geli! You're not my step sister! You're outsider! "-Aiman Rayyan.
"Eleh! Kalau bukan kerana mama dan ayah, saya tak teringinlah nak panggil abang ni, abang! Nak tergeliat lidah! Urat sendi ni pun rasa macam nak reput panggil awak ni abang!" -Erni Ardiana.
Selepas berkahwin, sir pedas berubah 360 darjah dari pedas jadi sweet. Ini membuatkan Erni meremang bulu roma akibat daripada ayat sweet yang diucapkan oleh Aiman. Isy! Selama ni tak pernah pun nak cakap sweet, pickup line... Tapi ini apa sudah jadi? Dunia sudah terbalikkah?