Story cover for 𝐉𝐚𝐮𝐡 𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚  by asunnaraa
𝐉𝐚𝐮𝐡 𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚
  • WpView
    Reads 27,222
  • WpVote
    Votes 3,059
  • WpPart
    Parts 23
  • WpView
    Reads 27,222
  • WpVote
    Votes 3,059
  • WpPart
    Parts 23
Ongoing, First published May 09, 2020
"𝘼𝙥𝙖𝙠𝙖𝙝 𝙢𝙖𝙠𝙣𝙖 𝙨𝙚𝙗𝙪𝙖𝙝 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖?"
-𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃𝒶𝓇𝒶𝒶


Arash Anaqi |
 Ifti Yara



Lelaki?

Huh, tidak pernah wujud dalam hidupnya. Malah, dia tidak memerlukan apa-apa daripada lelaki. Anti-lelaki? Mungkin. Ifti Yara, seorang wanita yang dari segi luarannya nampak dingin. Di bibir mungil itu tidak pernah meniti frasa 'lelaki'. Jijik, kotor, beban. Itu tanggapan Yara terhadap lelaki. Dia ingin membuktikan bahawa dia mampu hidup tanpa lelaki.

Wanita?

Sungguh, di matanya kaum hawa merupakan golongan yang paling mulia. Wanita seharusnya dilindungi, bukan diperlakukan tidak ubah seperti anjing kurap. Arash Anaqi, dia digelar D.A. Double A. Seorang pastri chef yang memiliki bakeri sendiri. Prinsipnya amat mudah. Maruah wanita harus dihormati. Bukan dikeji. Setiap tindak tanduknya yang menghormati wanita membuatkan mereka cair. Arash Anaqi, dia si hero yang indah. 

Namun...

"Dari aku kecil sampai aku dah besar sekarang, mata aku ni dah nampak betapa kejinya lelaki! Aku sampai tak faham, kenapa Allah tak tarik je nyawa aku ni! Oh, aku silap Arash! Kematian aku dah bermula sejak aku kenal 'lelaki'. Jadi kau, tak payah nak sibuk masuk campur urusan aku!" -Ifti Yara.

"Dan kau patut tahu Yara yang tak semua lelaki hina macam apa yang kau fikirkan. Buka hati kau yang dah lama tutup tu. Celikkan mata kau yang dah lama dibutakan tu. Pandang aku, Yara! Pandang aku. Biar kau sedar, Arash Anaqi boleh lindungi kau walaupun dia perlu mati!" -Arash Anaqi

Yara dan Arash. Mungkin bukan gabungan yang sesuai. Namun jika kewujudan Arash mampu mengubah kehidupan gelap Yara, siapa mampu melawan takdir?
All Rights Reserved
Sign up to add 𝐉𝐚𝐮𝐡 𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 to your library and receive updates
or
#785malaynovel
Content Guidelines
You may also like
𝐊𝐄𝐑𝐀𝐍𝐀 𝐊𝐀𝐔 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐀𝐊𝐔 (OG) by luvvaxxxxnna
20 parts Ongoing
[#1 story from rianyl] Cinta itu indah, tetapi bagi Melissa Suriana, cinta yang datang kepadanya bukanlah satu anugerah-ia adalah perangkap yang membelenggu jiwa dan raganya. Hidupnya yang aman berubah dalam sekelip mata setelah pertemuannya dengan seorang lelaki yang tidak sepatutnya dia dekati-Tengku Aryyan Fateh, pewaris keluarga berpengaruh, lelaki berdarah kacukan Sepanyol-Melayu yang penuh dengan aura misteri dan kuasa. Pada awalnya, Melissa hanya menganggap Aryyan sebagai lelaki asing yang muncul tanpa amaran. Namun, semakin hari, dia sedar bahawa kehadiran Aryyan bukan satu kebetulan, tetapi sesuatu yang telah dirancang. Aryyan mahukan dia-dan apa yang Aryyan mahukan, dia akan pastikan ia menjadi miliknya. "You are mine, Melissa. Siempre has sido mía. (Kau selalu milik aku.)" Melissa cuba lari, cuba menjauh, tetapi setiap langkahnya sudah diawasi. Setiap helaan nafasnya seakan sudah ditentukan. Tiada ruang untuk melarikan diri. Aryyan bukan lelaki yang tahu erti 'melepaskan'. Baginya, Melissa bukan sekadar wanita yang dia cinta, tetapi seseorang yang dia harus miliki sepenuhnya-walau dengan cara apa sekalipun. "Tak ada sesiapa yang boleh ambil kau dari aku, Melissa. Kau milik aku... selamanya." Ketika Melissa mula menyedari kebenaran di sebalik siapa Aryyan sebenarnya, dia terperangkap di antara dua pilihan-memeluk lelaki yang menguasai jiwanya atau mencari kebebasan yang mungkin akan meragut nyawanya. Dunia Aryyan bukan dunia biasa. Di balik kemewahan dan kekuasaannya, tersembunyi rahsia gelap yang lebih menakutkan daripada bayang-bayang yang menghantuinya. Namun, sejauh mana Melissa mampu melawan seseorang yang telah menetapkan takdirnya? Sejauh mana dia mampu mengingkari lelaki yang sanggup melakukan apa sahaja demi memilikinya? Cinta atau ketakutan? Kebebasan atau penjara tanpa jeriji? Dalam dunia yang penuh dengan kawalan, pengkhianatan, dan obsesi yang tidak berpenghujung... hanya satu yang akan menang.
Catatan kisah kita (E-BOOK) by Hayatimwriter
8 parts Complete
KARYA KELIMA 🤍 Mengisahkan tentang konflik diantara 2 remaja dipertemukan takdir dengan cara yang kurang baik. Pertemuan itu tak sengaja mencipta peperangan antara mereka berdua "Siapa dia?" - Nuryn Izara "Tengku Anaqi Aysar."- Unknown ""Itu pelajar baru. Nuryn Izara namanya. Pelajar baru kelas sebelah." - Unknown Kehadiran Nuryn Izara dalam hidupnya benar-benar mencabar kedudukan dan kehormatannga disekolah itu. Pelajar perempuan pertama yang berani melawan dan menentangnya. 'Siapa kau? Kenapa semua orang takut dan hormat dengan kau?'- Nuryn Izara 'Kau akan tahu siapa aku Nuryn Izara." - Tengku Anaqi Aysar Nuryn Izara tersilap langkah lagi. Dia tak patut menentang lelaki itu. Menentang lelaki itu ibarat menarik bala ke dalam kehidupannya. Hari berganti hari kekejaman demi kekejaman menimpa dirinya. Semua disebabkan lelaki itu. "Kau sepatutnya belajar Tengku Anaqi Aysar. Belajar untuk fahami orang sekeliling kau. Belajar untuk jaga hati dan maruah orang lain kau. Belajar untuk tidak penting diri sendiri sampai menindas orang lain. Malulah jadi budak pandai dan cerdik tapi adab ke laut. Hancur!"- Nuryn Izara. Sesuatu menyentak hati keras Tengku Anaqi Aysar sehingga sikapnya mulai berubah. Bukan senang seseorang dapat menurunkan ego untuk meminta maaf terlebih dahulu. Siapa sangka Tengku Anaqi Aysar yang dikenali dengan sifat dingin, keras dan ego akhirnya menurunkan egonya untuk meminta maaf. Perubahan lelaki itu mengejutkannya. Bahkan dia terkejut dengan dirinya sendiri apabila tanpa sedar dia menerima dengan sikap lelaki itu padanya. Semua berlaku terlalu cepat. Kejadian didalam bilik stor sukan mengubah segala-galanya. Mereka yang dulu bermusuhan sekarang dengan rela hati bersahabat. Tapi persahabatan mereka diuji dengan pelbagai cabaran. Satu demi satu cabaran yang mereka tempuhi untuk tetap bersama. "Jangan tinggalkan aku, Nuryn Izara." - you Tengku Anaqi Aysar. "Sentiasa lindungi aku, Tengku Anaqi Aysar.' - Nuryn Izara.
Kerana Cinta ©️ by nsyqilla
64 parts Complete
1st story :) AMARAN: CERITA NI CRINGE DAN TAMPIL TANPA EDIT!! Cinta? Usah disebut tentang perasaan itu. Hakikatnya rasa itu sudah lama mati dalam dua hati. Ada dua hati yang pernah ditikam dengan aksara itu. Bah kan ada dua hati yang hancur hanya kerana cinta. Ayra Qistina. Dia syukuri nikmat tuhan. Kehidupannya tenang. Tak ada badai. Tak ada ombak. Hanya sekadar lautan yang tenang. Segalanya berakhir hanya dengan satu pertemuan, segalanya berubah. Hatinya hancur. Kepercayaannya musnah. Kad undangan perkahwinan dihulur tanpa ada namanya walhal dia lah yang selama ini menyulam cinta bersama sang pujaan hati. Arian Daniel. Mungkin benar kata orang perasaan sebegini lebih baik dipendam sendiri. Keputusannya untuk menghantar rombongan meminang untuk si gadis akhirnya menemui titik terendah dalam hidupnya. Pinangan di tolak! Bahkan gadis itu memilih untuk bersama dengan pasangan hidup pilihannya. Bagi mereka tak ada beza di antara lara dan renjana. Bah kan keduanya sama mengundang luka yang parah malah disulam sengsara. Teruk. Siapa sangka, lantai takdir tuhan itu indah. Dua hati yang retak ini disatukan dalam satu hubungan yang diredhai. Keduanya saling mengubati. Merawat segala parut lama. Namun, alam perkhawinan tak sering kali indah. Tiang masjid mereka goyah. Antara isteri dan sahabat. Arian bagaikan tersepit di tengah. "Aku sanggup bermain dengan nyawa manusia hanya untuk dapatkan Arian." -Citra. "Dan aku sanggup mati untuk orang yang aku sayang." -Arian Daniel. +pretty cover from izzlawa
OUR UNCONDITIONAL LOVE by dayyaros
25 parts Complete
Kalau kata kisah kami bak drama korea, tidaklah seindah mana. Hidup kami sama seperti budak-budak normal yang lain cuma bezanya.... Kisah kita sweet sikit, kan? " Princess, tunggu apa? Nak your prince dukung ke?" - Dzar Raiqqi a.k.a Dzar " Dukung tak mainlah. Naik carriage baru best!" - Ayin Zatasha a.k.a Jija Siapa sangka dengan hadirnya seorang insan bernama Dzar Raiqqi mampu mengubah hidup ramai orang disekelilingnya. Dengan kemanisan ayat diatur indah siapa, sahaja tidak jatuh tergolek bangunan? Cik akak seorang ini pun melayan. Kadangkala dia pula terlebih dos tebu di bibir. " They say boys are troublesome. For me, boys seem...Interesting." - Ayin Zatasha " They say girls are difficult. For me, girls seem...Just like you." Dzar Raiqqi " It's a gift." - Ayin Zatasha " Why should we ignore it?" - Dzar Raiqqi Bila bumi terus berputar membawa masa pergi jauh dari mereka. Hanya waktu dan takdir Ilahi yang mampu menentukan segala-galanya. " Remember that a woman's heart hold the deepest secret of ocean." " Loving her because of what she was and what she is and what she will be is a true love indeed. To cherish someone without knowing the existence of love itself is what we call as an unconditional love." Disebalik setiap kepayahan terkandung seribu nikmat. Ini kisah hidup aku. Boleh kata hidup aku dipenuhi dengan pelbagai kenangan pahit dan manis. Namun, kisah sweet ini permulaan bagi segala permulaan. Paling penting, kemanisan mulut putera idaman yang tiada tolok bandingnya mencairkan hati tidak tetap milik sang puteri. [ whole 25 chapters update in a day] [18th in asrama] [1st in highschool] [5th school romance]
Kerana Dia.. by nataylaaaa
44 parts Complete Mature
[S L O W U P D A T E D] '*PERKAHWINAN PERMULAAN PENDERITAAN'* Aisyiqah, Kerana cinta dia terpaksa berkorban.kerana terhutang budi dia terpaksa relakan hati.Dia terpaksa menjaga 3 hati dan melukai hati 1 lelaki yang benar benar tulus mencintainya.Kisah hidupnya penuh dengan kejutan!kejutan yang tak dijangka!mempunyai abang abang kembar yang menceriakan harinya dan mereka adik beradik harus menjalankan misi untuk membunuh perosak kebahagiaan mereka. Isyrafi, Kerana cinta Isyrafi terluka..kerana cinta juga dia merana..kerana cinta juga dia berdendam.pelbagai konflik yang harus dihadapinya.Dia takkan biarkan hatinya terluka lagi.Dia akan membalas dendam kerana hatinya terluka.Kerana dia terluka dia sanggup menyakiti dan melukai hati gadis yang paling dicintainya.Dapatkah dia pertahankan mahligainya . Dia pelindung tapi bukan penyelamat.Dia pendiam tapi bukan bermakna dia bisu untuk bersuara .Dia membantu tapi hatinya mendesak untuk memiliki Seorang gadis yang sudah dimiliki .Dan dia hero untuk segala galanya .Dia menenangkan dan dia mendamaikan hati yang Lara . "Bro,jaga adik aku baik baik..jangan sakiti dia..Dia dah cukup menderita selama ni"-Adrian "Jaga Syiqah elok elok..Dialah harta yang paling berharga yang aku dengan Ad pernah ada."-Adam "I will"-Isyrafi. "Terima kasih sebab akhirnya aku dapat dengar ungkapan cinta dari kau"-Asyraf "Saya minta maaf kerana melukai awak "-Aisyiqah "Aku tak sebaik malaikat yang tak pernah buat salah dan aku tak sejahat iblis yang selalu menghasut .aku pendosa tanpa noktah kerana aku terjatuh suka pada milik orang .Aku diam tak bermakna aku kalah .Aku melupakan tak bermakna aku tak kecewa cuma kadang kadang lebih baik biarkan ."-Rayfers
𝐈𝐧𝐬𝐩𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐀𝐪𝐥𝐚𝐧 | TERBIT by syirahnees_
14 parts Complete Mature
PDRM SERIES 2 [Spin-off Inspektor Adzriel] ‼️ KENA BACA INSPEKTOR ADZRIEL DULU SEBAB NANTI PLOT TWIST HANCUR KALAU BACA INSPEKTOR AQLAN DULU Angkara sebuah perjanjian, nyawa menjadi taruhan... Benar curang itu pilihan. Jika kau ikhlas mencintai dia, maka tiada yang kedua. Rayfa terasa dikhianati apabila Fariz menduakan dirinya di belakangnya. Terasa seolah-olah ditikam bertubi-tubi dengan pisau belati, Rayfa tekad membawa diri jauh dari bandar Kuala Lumpur untuk mengubat hati yang lara. Hati mana yang tak sakit bila ikatan tunang yang hanya menunggu beberapa hari sahaja untuk menuju ke hari bahagia terhapus begitu saja. Cinta hanya dusta. Itu apa yang dia tekadkan sebagai prinsip kehidupan selepas lelaki tak guna seperti Fariz. Jika prinsip itu ais, mungkin sudah cair apabila hadirnya Aqlan Alfarizqi dalam hidup. Yang berjaya mengubah persepsinya tentang cinta. "I'm a man with my words. Aku berterima kasih dengan Tuhan sebab jentik hati lelaki tu untuk buang kau. Sebab aku lah pengutipnya sekarang." - AQLAN ALFARIZQI "How can I trust you? Lelaki nak perempuan sebab tubuh mereka je bukan?" - RAYFA ALZAHRAH "That was a boy. I'm a man." - AQLAN ALFARIZQI Hidup dalam hubungan yang halal. Itulah yang mengundang kebahagiaan yang diberkati Tuhan. Namun dalam bahagia pasti terselit ujian. Hidup Aqlan dan Rayfa dihantui dengan kejadian mistik yang semakin menghancurkan tiang kukuh rumah tangga. Bukan sekadar bahagia yang direntap, malah kewujudan kumpulan kultus yang memuja selain daripada Yang Maha Esa membuatkan kerja Aqlan sebagai seorang inspektor semakin berat. Berkemungkinan nyawa si isteri menjadi galang ganti! "Rayfa benci abang. Rayfa benci! Benci!" - RAYFA ALZAHRAH "Rayfa nyawa abang. Rayfa jiwa abang. Rayfa isteri abang. Isteri abang, syurga abang." - AQLAN ALFARIZQI #2 - inspector
You may also like
Slide 1 of 9
𝐊𝐄𝐑𝐀𝐍𝐀 𝐊𝐀𝐔 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐀𝐊𝐔 (OG) cover
Catatan kisah kita (E-BOOK) cover
Kerana Cinta ©️ cover
OUR UNCONDITIONAL LOVE cover
𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡, 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 {𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍} cover
BABY GIRL MR ICEBERG (TERBIT) cover
Takdir Tak Menjanjikan Bahagia  cover
Kerana Dia.. cover
𝐈𝐧𝐬𝐩𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐀𝐪𝐥𝐚𝐧 | TERBIT cover

𝐊𝐄𝐑𝐀𝐍𝐀 𝐊𝐀𝐔 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐀𝐊𝐔 (OG)

20 parts Ongoing

[#1 story from rianyl] Cinta itu indah, tetapi bagi Melissa Suriana, cinta yang datang kepadanya bukanlah satu anugerah-ia adalah perangkap yang membelenggu jiwa dan raganya. Hidupnya yang aman berubah dalam sekelip mata setelah pertemuannya dengan seorang lelaki yang tidak sepatutnya dia dekati-Tengku Aryyan Fateh, pewaris keluarga berpengaruh, lelaki berdarah kacukan Sepanyol-Melayu yang penuh dengan aura misteri dan kuasa. Pada awalnya, Melissa hanya menganggap Aryyan sebagai lelaki asing yang muncul tanpa amaran. Namun, semakin hari, dia sedar bahawa kehadiran Aryyan bukan satu kebetulan, tetapi sesuatu yang telah dirancang. Aryyan mahukan dia-dan apa yang Aryyan mahukan, dia akan pastikan ia menjadi miliknya. "You are mine, Melissa. Siempre has sido mía. (Kau selalu milik aku.)" Melissa cuba lari, cuba menjauh, tetapi setiap langkahnya sudah diawasi. Setiap helaan nafasnya seakan sudah ditentukan. Tiada ruang untuk melarikan diri. Aryyan bukan lelaki yang tahu erti 'melepaskan'. Baginya, Melissa bukan sekadar wanita yang dia cinta, tetapi seseorang yang dia harus miliki sepenuhnya-walau dengan cara apa sekalipun. "Tak ada sesiapa yang boleh ambil kau dari aku, Melissa. Kau milik aku... selamanya." Ketika Melissa mula menyedari kebenaran di sebalik siapa Aryyan sebenarnya, dia terperangkap di antara dua pilihan-memeluk lelaki yang menguasai jiwanya atau mencari kebebasan yang mungkin akan meragut nyawanya. Dunia Aryyan bukan dunia biasa. Di balik kemewahan dan kekuasaannya, tersembunyi rahsia gelap yang lebih menakutkan daripada bayang-bayang yang menghantuinya. Namun, sejauh mana Melissa mampu melawan seseorang yang telah menetapkan takdirnya? Sejauh mana dia mampu mengingkari lelaki yang sanggup melakukan apa sahaja demi memilikinya? Cinta atau ketakutan? Kebebasan atau penjara tanpa jeriji? Dalam dunia yang penuh dengan kawalan, pengkhianatan, dan obsesi yang tidak berpenghujung... hanya satu yang akan menang.