Biar Aku Jadi Kaktus 2 (On Going)
13 parts Ongoing Selepas merawat hati yang terluka, Ain kembali ke tanah air untuk membesarkan Afia dan menghantarnya ke sekolah. Bahagianya sekejap. Hari demi hari, dirinya dan Afia diganggu dengan pelbagai ugutan nyawa akibat dendam yang tiada kesudahan. Ditambah lagi dengan kehadiran Adam yang sering menghantuinya di masa lampau.
Adam pula menawarkan dirinya menjadi pelindung. Demi menebus semua silap dan dosa yang diperbuat. Apa pula kata Ain? Inginkah dia menerima perlindungan daripada bekas suaminya Adam?
Disaat Ain ingin menuju sinar bahagia, peristiwa lama yang membawa kepada dendam sekali lagi memaut dan menghantui diri Ain. Sebuah nyawa harus dipertaruhkan. Penyesalan demi penyesalan terungkap dengan air mata. Maka dia terpaksa melalui itu sekali lagi walaupun perit. Dia cuba untuk melupakan tapi hati berat untuk melafazkan.
" Ain, izinkan abang menjadi pelindung Ain dan Afia. Tolong bagi abang peluang kedua. Kita bina hidup baru. Tolonglah bagi abang peluang untuk betulkan keadaan. Abang dah menyesal dengan semua yang berlaku. " - Adam Fiqri
" Tak! Ain tak akan terima abang semula. Sebab abang anak kepada orang yang dah bunuh ibu! Cukuplah Ain pernah hidup dengan abang. Cukup! Ain dah pernah rasa terseksa dan kesilapan tu Ain tak akan ulang sampai bila bila! " - Ummi Nur Ain
Janji Adam seakan tidak memberikan apa apa makna. Hakikatnya dia terpaksa menempuh penderitaan dan kesedihan yang tiada berkesudahan.
Adakah Ain akan sekali lagi menerima cinta Adam Fiqri?
Adam pula, mampukah dia kotakan janji untuk melindungi Ain dan Afia?
Start : June 2021
End : On Going + Slow update *im busy*