Story cover for Irish Imani by nrainbkhti
Irish Imani
  • WpView
    Reads 94
  • WpVote
    Votes 1
  • WpPart
    Parts 7
  • WpView
    Reads 94
  • WpVote
    Votes 1
  • WpPart
    Parts 7
Ongoing, First published May 12, 2020
Seorang wanita yang bekerjaya dalam bidang reka fesyen pulang ke tanah air dengan perubahan imej dan personaliti yang baru. 

Kepulangannya adalah bertujuan untuk mencapai cita-cita dan impian yang diimpikannya sebelum ini. Namun, untuk mengecapi rasa cinta, Irish Imani belum bersedia lagi dengan hal itu kerana dia tidak percayakan lelaki lagi disebabkan oleh satu kisah silam yang amat pahit untuk ditelan buatnya. 

Akhirnya, Irish Imani bertemu dengan seorang lelaki bernama Fawwaz Haikal yang merupakan playboy tersohor. 

Perkenalan yang tidak disengajakan antara mereka telah membuatkan mereka menjalinkan ikatan yang sah di mana ianya merupakan pilihan keluarga mereka sendiri. 

Pelbagai dugaan yang perlu mereka tempuhi akibat kisah silam mereka itu sendiri. Bahagiakah perkahwinan yang terjalin di antara Irish Imani dan Fawwaz Haikal ini ?
All Rights Reserved
Sign up to add Irish Imani to your library and receive updates
or
Content Guidelines
You may also like
Hero aku Tomboy by ArisaEriza
21 parts Complete
Sinopsis:- Khairul Ezzairy merupakan pelajar yang menitikberatkan soal agama telah menjadi popular kerana kelebihannya yang dapat melihat sesuatu yang paranormal dan telah membantu menyelesaikan kes misteri di universitinya. Kehidupannya yang biasa-biasa saja itu telah berubah setelah bertembung dengan Faz. Kejadian yang tidak dijangka telah membawa mereka ke alam perkahwinan tanpa rela. Faz yang terkenal dengan gangsterisme dan ego, ada rupa dan kaya memang sangat membenci statusnya yang telah berkahwin apatah lagi dengan si nerd Khairul Ezzairy. Perhubungan Khairul yang baik dengan keluarga Faz akhirnya Berjaya membuatkan Faz menerima Khairul walaupun bukan sebagai seorang suami, tetapi sebagai seorang kawan sehingga suatu insiden berlaku semasa 'bulan madu' pertama mereka. Semenjak itu, Khairul yang sudah awal-awal lagi jatuh hati dengan Faz walaupun dengan perwatakan Faz yang tomboy itu semakin menyayangi Faz. Faz pula tetap dengan pendiriannya menepis perasaan yang tidak disedari tumbuh itu kerana kebenciannya kepada lelaki 'cinta pertama'nya dahulu. Kepulangan cinta pertamanya untuk menagih kembali kasihnya membuatkan dia semakin stres dan akhirnya mengakui dalam diam yang dia mencintai Khairul tambahan pula apabila mereka hidup sebumbung. Kehadiran orang baru pula tanpa disedari membuatkan hubungan mereka semakin goyah. Ada yang sayang pada Khairul, ada yang cinta pada Faz. Hubungan mereka bertambah parah selepas perwatakan tomboy Faz yang sering dilindungi daripada keluarga Khairul terbongkar. Masalah demi masalah muncul dan adakah jodoh mereka masih panjang? Berjayakah Khairul menyelamatkan rumah tangga mereka? Ataupun memang mereka tidak ditakdirkan untuk bersama hingga ke syurga? "Apa kau pandang, kau ingat kau dah cukup comel?"
Terima Kasih Suamiku {Completed} by AmelAlana
33 parts Complete
Sebuah mini novel yang sangat santai dan sesuai untuk menjadi bahan bacaan kepada semua pembaca yang dikasihi.. Naurah.. seorang gadis yang mempunyai perwatakan yang sangat tegas. Seseoarang yang sangat sukar untuk jatuh cinta. "Hai Naurah.." "Saya tak kenal awak.. mana tau nama saya?" "Saya dah lama kenal awak Naurah.." "Tapi saya tak kenal awak.." aku berkata dengan tegas. Jangan-jangan lelaki ini cuba untuk menipu dia. Yalah kan.. tengok daripada rupa lelaki itu sahaja dia boleh tahu lelaki itu sebenarnya playboy. Muka handsome macam Lee Min Ho! Pertemuan yang tidak dijangka. Siapa sangka Naurah yang dulunya sukar untuk jatuh cinta akhirnya kalah pada seorang lelaki yang menolongnya ketika satu kemalangan kecil yang menimpa Naurah. Bila hati sudah mula berputik.. malangnya lelaki itu pula menghilang. Beberapa tahun berlalu.. wajah itu tidak pernah padam daripada ingatan Naurah. Dan.. hati perempuannya mula terusik apabila dia bertemu semula dengan lelaki itu dan lagi haru bila lelaki itu menjadi rakan partnernya dalam menguruskan sebuah projek besar. Adakah cinta itu akan hadir semula? Bagaimana pula keadaan Naurah bila tiba-tiba Tuk Ayah menjodohkan dia dengan saudara terdekat yang merupakan seorang lelaki playboy kelas satu? Siapa yang dia harapkan? Apa yang terjadi seterusnya? "Hujung minggu ni, umi dan abah datang merisik awak." Hah? Aku terkedu, terkejut, terkaku dan terkesima. Rasa nak terjun dari bangunan untuk membuktikan sama ada aku tengah bermimpi ke atau pun semua ini sememangnya satu realiti. Terima Kasih Suamiku..
MENANTI CINTA DIA  by azreenwardah9
48 parts Complete
Nurul Solehah yang merupakan gadis cantik dan mempunyai pegangan agama yang tinggi. Berkelulusan syariah dari Ain Shams University. Suatu hari hatinya terpaut kasih kepada seorang pemuda ketika dia mengikuti kelas usrah yang dikendalikan oleh pemuda itu. Tanpa mengenali lelaki itu dengan lebih dekat, Solehah menyuruh ibu dan ayahnya pergi meminang lelaki yang dikenali sebagai Khalaf Hakimi. Pemuda yang sekufu dengannya kerana mereka berdua sememangnya mempunyai latar belakang agama yang tinggi. Khalaf menerima gadis itu setelah yakin dengan jawapan istikharahnya walaupun dia tidak pernah mengenali gadis itu secara dekat. Tapi atas rasa hati yang begitu meyakinkan, mereka bersatu juga akhirnya. "Terima kasih sebab terima Solehah jadi isteri abang. Insya-Allah Solehah menyerahkan segala jiwa raga Solehah dekat abang." - Nurul Solehah "Sama-sama kita harungi dugaan dan keseronokan berumahtangga bersama-sama ya? Solehah bidadari syurga abang." - Khalaf Hakimi Perkahwinan mereka bahagia. Dipenuhi dengan tuntutan syariat agama di dalam rumahtangga mereka. Suatu hari Khalaf membuat keputusan untuk pergi misi kemanusiaan ke Syria. Lebih membimbangkan negara itu sedang bergolak dengan bedil dari Israel laknatullah. Suatu hari Khalaf hilang dari pandangan matanya. Lagi menyayat hati bila Solehah menerima perkhabaran buruk daripada sahabat Khalaf. Khalaf disahkan hilang semasa misi kemanusiaan di Syria. Solehah menangis semahunya. Terpaksalah dia lalui proses mengandung dan melahirkan anak seorang diri. Semakin hari Solehah mula berdamai dengan takdir. Dia terima takdir hidupnya. Tapi doanya bagai dimakbulkan Allah. Dia menemui lelaki yang seiras dengan Khalaf Hakimi. Persoalannya benarkah lelaki yang dia nampak itu ialah Khalaf ataupun sekadar khayalan solehah setelah lama menanggung rindu? Bila bersatu kembali, Khalaf mengambil keputusan orang pergi lagi. Kali ini Solehah tak berpaling. Sekali lagi suaminya tidak kembali, dia reda.
Kasih Tak Terbatas [Complete & Revised] by naqira_98
41 parts Complete
Zahra Safiyyah, seorang wanita berbadan besar yang pulang ke tanah air selepas menamatkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Aeroangkasa di Arab Saudi. Berbekalkan impian dan semangat untuk menyumbang kepada industri penerbangan negara, Zahra kembali sebagai seorang wanita yang lebih matang dan berdikari, meskipun masih bergelut dengan rasa rendah diri. Kepulangannya menemukan dia dengan Mejar Faiz Ilham, seorang pegawai PASKAU TUDM yang berdisiplin, berani dan berkarisma, namun memiliki sisi lembut dan penyayang. Perkenalan yang diatur secara tidak langsung oleh kedua ibu bapa mereka membawa kepada pertemuan demi pertemuan - pada mulanya kaku dan penuh salah faham, namun lama-kelamaan membibitkan perasaan yang sukar dijelaskan. Cinta mereka diuji dengan pelbagai rintangan - termasuk trauma silam Zahra yang menghantui malamnya, perasaan rendah diri yang meragui keikhlasan Faiz, serta cabaran daripada ahli keluarga yang tidak menerima fizikal Zahra. Namun, Faiz sentiasa teguh menyokong, menyakinkan Zahra bahawa cinta sejati tidak melihat pada rupa, tetapi pada hati yang setia menerima segala kekurangan. Dengan sokongan keluarga dan keberanian untuk melawan ketakutan dalaman, Zahra perlahan-lahan membuka hati untuk menerima cinta Faiz. Mereka melalui proses pernikahan, penyesuaian sebagai suami isteri, dan ujian-ujian hidup yang memperkuatkan kasih sayang mereka. Dalam dunia yang sering menghakimi luaran, kisah mereka menjadi bukti bahawa kasih sayang yang tulus mampu mengatasi segala batasan. Mejar Faiz Ilham PASKAU x Zahra Safiyyah
CINTA SETARAF {ON GOING} by aisyaadyy
33 parts Ongoing Mature
Risya Kaisara, seorang wanita muda yang penuh dengan impian, terjebak dalam cengkaman Fayyaz, seorang lelaki yang penuh dengan obsesi dan niat jahat. Kehidupan Risya menjadi kacau-bilau apabila Fayyaz memaksa dan mengugutnya sehingga Risya terpaksa mengandungkan anaknya. Namun, di sebalik kegelapan ini, muncul Haq Syazrian, seorang lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab yang menawarkan sebuah dunia baru buat Risya. Mereka mendirikan rumah tangga, tetapi bayang-bayang masa lalu Risya terus menghantui hubungan mereka. Fayyaz tidak berhenti mengancam, dan perkahwinan mereka diuji dengan ketegangan dan keraguan. Haq, yang pada mulanya tidak mengetahui sepenuhnya sejarah hitam Risya, mula meragui kesetiaan isterinya apabila Fayyaz muncul dengan bukti yang memutar belit kebenaran. Ketegangan antara mereka memuncak, membuatkan Risya merasa bersalah dan ingin berpisah demi keselamatan Haq. Namun, cinta mereka diuji dan diperkuat apabila Haq akhirnya mengetahui kebenaran di sebalik perbuatan kejam Fayyaz terhadap Risya. Dengan bantuan keluarga dan rakan-rakan, mereka berusaha untuk menyelamatkan Risya dari genggaman Fayyaz, yang membawa kepada pertemuan dramatik dan penangkapan Fayyaz oleh pihak polis. Haq akhirnya menjadi pendakwa raya dalam kes ini, memastikan Fayyaz dihukum setimpal dengan kejahatannya. Setelah melalui perjalanan yang penuh dengan konflik, pengorbanan, dan pembelajaran, Risya dan Haq akhirnya menemukan semula cinta mereka. Mereka memulihkan hubungan mereka, belajar untuk saling mempercayai dan menghargai kesetaraan dalam cinta. Kini, mereka memulakan lembaran baru bersama-sama, menjalani kehidupan yang lebih bahagia, diberkati dengan kehadiran anak yang mereka impikan. Dalam perjalanan mereka, Risya dan Haq menyedari bahawa cinta sejati adalah tentang kesetaraan, pengorbanan, dan keberanian untuk berdiri bersama dalam menghadapi apa jua cabaran.
You may also like
Slide 1 of 10
Hero aku Tomboy cover
Terima Kasih Suamiku {Completed} cover
hati yang retak akhirnya sembuh kembali  cover
Hanya Dirimu Satu Untuk Aku cover
Menjejak Bahagia cover
ADRIAN - Erina :Man his Husband ( Slow Update) cover
MENANTI CINTA DIA  cover
Kasih Tak Terbatas [Complete & Revised] cover
Kerana Dia, Via cover
CINTA SETARAF {ON GOING} cover

Hero aku Tomboy

21 parts Complete

Sinopsis:- Khairul Ezzairy merupakan pelajar yang menitikberatkan soal agama telah menjadi popular kerana kelebihannya yang dapat melihat sesuatu yang paranormal dan telah membantu menyelesaikan kes misteri di universitinya. Kehidupannya yang biasa-biasa saja itu telah berubah setelah bertembung dengan Faz. Kejadian yang tidak dijangka telah membawa mereka ke alam perkahwinan tanpa rela. Faz yang terkenal dengan gangsterisme dan ego, ada rupa dan kaya memang sangat membenci statusnya yang telah berkahwin apatah lagi dengan si nerd Khairul Ezzairy. Perhubungan Khairul yang baik dengan keluarga Faz akhirnya Berjaya membuatkan Faz menerima Khairul walaupun bukan sebagai seorang suami, tetapi sebagai seorang kawan sehingga suatu insiden berlaku semasa 'bulan madu' pertama mereka. Semenjak itu, Khairul yang sudah awal-awal lagi jatuh hati dengan Faz walaupun dengan perwatakan Faz yang tomboy itu semakin menyayangi Faz. Faz pula tetap dengan pendiriannya menepis perasaan yang tidak disedari tumbuh itu kerana kebenciannya kepada lelaki 'cinta pertama'nya dahulu. Kepulangan cinta pertamanya untuk menagih kembali kasihnya membuatkan dia semakin stres dan akhirnya mengakui dalam diam yang dia mencintai Khairul tambahan pula apabila mereka hidup sebumbung. Kehadiran orang baru pula tanpa disedari membuatkan hubungan mereka semakin goyah. Ada yang sayang pada Khairul, ada yang cinta pada Faz. Hubungan mereka bertambah parah selepas perwatakan tomboy Faz yang sering dilindungi daripada keluarga Khairul terbongkar. Masalah demi masalah muncul dan adakah jodoh mereka masih panjang? Berjayakah Khairul menyelamatkan rumah tangga mereka? Ataupun memang mereka tidak ditakdirkan untuk bersama hingga ke syurga? "Apa kau pandang, kau ingat kau dah cukup comel?"