ISSAC ADREAN: The Black Killiams
7 parts Ongoing The Black Killiams bukan sekadar jenama ia adalah warisan.
Di padang hijau yang terbentang luas, di bawah langit yang kadang cerah kadang mendung, lahir sebuah empayar golf yang disegani ramai. The Black Killiams bukan sekadar syarikat peralatan atau kelab eksklusif. Ia simbol ketepatan, disiplin dan kuasa hitamnya melambangkan elegan, Killiams membawa nama yang diwarisi dari generasi ke generasi.
Di sebalik trofi berkilauan dan tepukan gemuruh penonton, tersembunyi kisah yang tidak pernah diceritakan kepada umum. Tentang persaingan yang membakar, tentang keputusan yang memisahkan keluarga, dan tentang satu rahsia yang mampu menjatuhkan seluruh empayar yang dibina dengan darah dan keringat.
Bagi dunia, The Black Killiams ialah syarikat golf yang gah, penaja kejohanan antarabangsa dan pilihan atlet elit. Namun bagi mereka yang berada di dalamnya, ia adalah medan perang bukan sekadar antara pemain, tetapi antara kepercayaan dan pengkhianatan.
Dan apabila seorang pewaris muda melangkah masuk ke dalam dunia itu, dia tidak hanya memegang kayu golf, dia memegang takdir yang bakal mengubah segalanya.
Di padang hijau itulah segalanya bermula dan di situlah juga kebenaran akan terdedah.
start: 1march2026
end: