'sesungguhnya pada tiap-tiap kesukaran itu ada kemudahan' (Al-Quran 94:6) Apa yang akan anda lakukan, sekiranya apa yang anda rancang tidak berjalan seperti yang sepatutnya? Seth mahu mewakil Malaysia bagi acara taekwondo ke sukan SEA. Orked mahu menyempurnakan pengajian PhD-nya tanpa masalah. Tapi takdir menidakkan. Seth kemalangan. Orked kemurungan. Apa yang patut mereka berbuat? Putus asa? Bunuh diri? Ya, mereka tahu itu bukan pilihan. Namun tatkala trauma silam dan beban yang digalas serasa tidak tertanggung, manusia kerap kali hanyut... Sebenarnya Ilusi merupakan sebuah novel mengenai perjuangan dua insan melawan dugaan hidup. Dalam jerat PTSD & depresi yang meracun waras fikiran, kedua-dua Seth & Orked dipertemukan dalam situasi yang tidak terjangkau akal. Ilusi minda bermain teka-teki - adakah mimpi indah tercipta hanya untuk dimusnah realiti? "Boleh tak kau jangan zalim dengan diri sendiri..." -Seth- "Kau pandai kata aku zalim dengan diri sendiri, habis tu apa yang kau tengah buat sekarang ni?" -Orked- Seth & Orked, apakah pertemuan mereka itu penawar, atau sebaliknya? 'Dan mereka merancang, dan Allah juga merancang, Dan Allah lah sebaik-baik perancang' (Al-Quran 3:54)
44 parts