Story cover for BAHAGIA UNTUK IZAMMIL | unedited by hannazhya
BAHAGIA UNTUK IZAMMIL | unedited
  • WpView
    Reads 219,513
  • WpVote
    Votes 12,567
  • WpPart
    Parts 40
  • WpView
    Reads 219,513
  • WpVote
    Votes 12,567
  • WpPart
    Parts 40
Complete, First published May 20, 2020
Dingin. Beku. Garang.

Bagi Hanim Izzati, itulah ciri-ciri lelaki kacak tapi misteri itu.

Izammil Ardhwan.

Kehadirannya di syarikat keluarga mengejutkan semua. Kata orang, dia 'anak kedua misteri' yang tak bernama. Tak pernah nampak bayang tapi tahu-tahu saja muncul sebagai CEO baru.

Bagi orang ramai, dia lelaki yang tak berperasaan. Hanim pun tak gemarkan sikap lelaki itu. Tapi, siapa sangka dia sebenarnya bergelar bapa?

Dari seorang bos dan pekerja, kepada anak makcik sebelah rumah, kepada Hanim bergelar kak 'beuaty' Tiara, si cilik milik Izammil. Sejak itu, Hanim bagaikan terikat dengan Izammil. Sehinggalah satu kemalangan yang membuat Izammil sendiri tampil untuk mengikat Hanim lebih rapat dengannya.

"Kahwin dengan saya. Demi Tiara."

Tapi, bagaimana dengan Lyana yang sudah dijanji untuk dikahwini?

Sangka Hanim, berkahwin dengan Izammil bermaksud dia hanya perlu sayangkan Tiara seperti anak sendiri. Tapi, segalanya berubah apabila rahsia terbongkar satu-persatu. Dan, Hanim tahu sekeping hati Izammil ialah hati yang paling banyak dilukai. Hati itu beku dengan amarah.

"For some people, when they cried, they have people that will cry for their pain. When they were hurt, they have people to tell them they're sorry. But I don't have all that, Hanim. Tiara is all I have." - Izammil

Jika bahagia Izammil terletak pada Tiara, Hanim sanggup selamanya bergelar isteri demi Tiara. Namun, apabila masa lalu Izammil muncul untuk meragut Tiara pergi dari hidupnya, banyak maruah yang perlu dijaga. Maka, Hanim tahu dia yang perlu berkorban.

"Saya berahsia demi maruah ramai orang." - Izammil

"Saya ada satu peluang untuk betulkan segalanya, dan bodohlah saya kalau saya tak ambil peluang itu untuk kembalikan awak yang dulu." - Hanim

Tiada apa yang indah tentang masa lalu Izammil tetapi itulah yang membuat Izammil sangat indah di mata Hanim.

"I'll be the first to cry when you're hurt, and the last to smile until you smile first." - Hanim

*Cliché but do give it a chance
All Rights Reserved
Sign up to add BAHAGIA UNTUK IZAMMIL | unedited to your library and receive updates
or
#169lawak
Content Guidelines
You may also like
33. Oh My Crush by TintaHitamTanpaArah
58 parts Complete
Biasanya la kan...kalau kita sukakan seseorang itu, kita yang akan kejar orang yang kita sukakan tu ya tak? Tapi macam mana kalau kali ni, orang yang kita sukakan tu pulak yang kejar kita? Apa yang kau orang akan buat? Macam kisah si Naera Aleena ni..... Naera Aleena ada crush semasa dia sekolah menengah tinggi. Jadi dia berniat hendak lafazkan rasa Sukanya kepada crushnya itu. Cubaannya itu Berjaya. Crush dia sudi untuk menerima permintaannya untuk keluar dating Bersama. Tapi itulah...manusia hanya sekadar mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. ********************* Seperti biasa awal-awal pagi dia akan bersiap untuk ke pejabat bagi membuat persiapan bosnya. Selaku setiausaha, dia gemar hadir sejam lebih awal sebelum bosnya tiba. Namun kehadirannya itu disambut oleh orang lain, bukan bosnya. "Apa maksud tuan ditukar hak milik?"soal Naera dengan muka tergamam. "Ya Naera...mulai hari ini, Syarikat Di Clove berada di bawah pengurusan Triad Convenant...presiden baru syarikat ini adalah Tuan Seth Cain ini..." Seperti baru di siram dengan air sejuk dan ais ke atas kepala, Naera pandang lelaki di belakang meja bosnya Bersama mata terbutang luas. Oh my crush! Macam mana semua ni boleh berlaku? "Se-th?"sebut Naera tergagap sendiri. Kecik betul dunia ni kan?Elok dia nak larikan diri, boleh pulak ada didepan matanya! "Sila beri tunjuk ajar..."sapa Seth semasa memberi renungan tajam ke Naera dan tersenyum sinis. Susah payah, Naera menelan air liur. Sh*t betul! Tak boleh jadi ni! Esok pagi jugak dia pergi jauh dari sini! Naera mengetap gigi seeratnya!Kenapa la dia boleh bertemu semula dengan crushnya di sini?Di syarikat yang sama?Bos dia lagi tu! "Mulai hari ini kamu adalah setiausaha saya..."maklum Seth. Naera pandang tidak berkedip. Masih belum sober dari terkejutnya! Start 5/2/2021 End 18/2/2021 Febuari 2021
KERANAKU CINTA KAU [TERBIT] by amnahsyarim
41 parts Complete Mature
SYAKILLA IZZATI - Hidupnya penuh dengan dendam dan cemburu. Kebahagiaan yang dihidangkan oleh sahabat baiknya, iaitu Mariam membuatkan dendam dalam hatinya semakin membuak-buak. Pada masa yang sama, dia turut menyimpan perasaan kepada teman lelaki sahabat baiknya sendiri. Prinsip hidupnya cuma satu. Apa yang dia suka perlu menjadi miliknya walaupun dia terpaksa menyakitkan hati orang di sekelilingnya. Kella, itulah kehidupannya. Dendam yang disimpan semakin meluak-luak. Rasa cemburu yang dipendam semakin bercambah. Oleh disebabkan itu, Syakilla sanggup menjerat Hazril Irfan, iaitu teman lelaki sahabat baiknya sendiri. Hubungan persahabatan yang terjalin dileraikan kerana satu dendam. Dia menang... Dia menang memiliki lelaki yang ditunggu selama empat tahun. HAZRIL IRFAN - Tidak pernah disangka gadis naif seperti Syakilla sanggup memerangkapnya sehingga mereka terpaksa bernikah di hari sepatutnya dia dan Mariam bertunang. Rasa benci yang sememangnya ada untuk Syakilla semakin bertambah setelah mendapat tahu Syakilla memerangkapnya atas dasar cinta. Disebabkan tindakan 'bodoh' Syakilla, banyak hati telah pun terluka. Reza, sahabatnya yang telah mencintai Syakilla turut terluka sama. Mariam... Teman wanitanya lebih memilih untuk membawa diri. "Kau mungkin boleh miliki jasad aku tetapi sampai bila-bila pun kau tak akan miliki hati aku sebab hati aku hanya untuk Mariam." - Hazril Irfan. "Aku buat semua ni kerana aku cinta kau." - Syakilla. Tatkala mahligai itu dibina di atas air mata seseorang, apakah layak mahligai itu dipertahankan? Akankah terbuka pintu hati Hazril Irfan untuk menerima Syakilla di dalam hidupnya dan bagaimanakah pula dengan Mariam? Apakah dendam yang disimpan oleh Syakilla sehingga sanggup memutuskan ikatan persahabatan yang telah terjalin lama?
KERANA KAU YANG AKU CINTAI🍁 by dladzahra
47 parts Complete
Sebenarnya keputusannya menerima Niel yang telah membuatkan hatinya dijengah penderitaan. Di sebalik kebahagiaan yang menerpa terselit penderitaan yang tidak dapat dilisan dengan kata-kata. Hatinya dipagut rasa cinta yang membara terhadap Niel. Dia leka dengan cinta Niel yang hangat membara. Niel tulus mencintainya, namun ketulusan itu terhakis kerana cemburu yang meruntun hati. "Pelacur macam kau tak layak untuk merayu, lagipun pelacur memang suka badannya ditakluk oleh lelaki." - Niel. "Awak kejam Niel! Saya takkan benarkan hati saya mencintai lelaki seperti awak lagi!"-Hannah. Hannah satu-satunya wanita yang berjaya membuka pintu hatinya, mustahil dia tidak memikat semula. "Asyik-asyik... Asyiknya bercinta dengan Hannah Qalisha." - Niel. "Awak ni suka rosakkan lagu." - Hannah. Rumah tangga mereka disulam bunga bahagia, apatah lagi mereka bakal menerima cahaya mata. Malangnya, kehadiran Wais sepupu yang paling disayangi Niel yang terlebih dahulu menjengah kehidupan mereka. Sudah lama Wais menaruh harapan terhadap Hannah, pendek kata dia bekas kekasih Hannah. Apabila Niel mendapat tahu perihal itu, dia terasa kebahagiaan Hannah bukan dengannya lagi. Tambahan pula, perubahan Hannah sejak Wais tinggal di rumah papa, Hannah melayani baik sahaja bahkan seakan mereka pula pasangan suami isteri dan dia orang luar. "Hannah, Wais rindu masa Hannah gigih pikat Wais dulu." - Wais. "Hannah juga rindukan masa dulu. Tapi..." - Hannah. Niel terdengar segalanya, perbualan antara isterinya dan Wais, ternyata cinta mereka utuh. Niel nekad meninggalkan Hannah dengan hatinya yang penuh luka. "Tergamak awak tinggalkan dalam keadaan saya sangat memerlukan awak, apa salah saya? Bukan ni cara untuk saya bahagia Niel, awak makin menyiksa hati saya. Apa erti kebahagiaan saya tanpa awak? Saya cintakan awak! Bukan Wais! Saya hanya mahukan awak. Hanya awak." - Hannah. "Hannah, aku berkorban kerana aku tahu nama aku takkan selamanya kekal di hati kau..." - Niel.
Hati Ini Milik Siapa?  by wannabeyy
71 parts Complete
" Ha apa?! Dua bulan!? Habis tu kitorang nak tinggal dengan siapa? Abang study, kakak kan kerja balik lambat? " - Arief Asad, si bongsu. " Dua bulan tu sekejap je, pejam celik pejam celik dah dua bulan. Korang akan tinggal dekat rumah mak chaq dekat Alor Setar. Lagipun umi buat umrah sekali dengan mak chaq dan pak chaq sekali. Korang boleh stay dengan Abang Idran, Kak Zunairah, Kak Darlina dengan Khaysarah. Lepas buat haji, umrah, pusing-pusing Tanah Arab tu, kitorang baliklah. Ada faham? " - Puan Halina, si umi yang sporting tapi garang nak mati! " Habis tu kakak macam mana? Takkan nak satu bumbung dengan Abang Idran? Kan tak manis? Kerja kakak? Tak boleh umi! " Hanis Aqasha, si kakak sulung yang suka memberontak. " By hook or by crook, korang kena stay jugak. Pasal kerja kakak, umi dah suruh Idran settlekan. Keputusan umi muktamad, noktah, titik, full stop! " - Puan Halina tegas. Disebabkan umi dan walid nak buat haji dan umrah, hidup seorang Hanis Aqasha jadi tunggang terbalik. Satu bumbung dengan abang sepupu sendiri yang jarang bersua muka? Oh tidak! Dan disebabkan itu juga status diri yang single and available bertukar sekelip mata menjadi married. Kahwin dengan abang sepupu sendiri! Tanpa pengetahuan umi dan walid? Oh ini kerja gila! Dan dia terpaksa bekerja satu tempat kerja dengan suami sendiri. Apa yang bakal terjadi? Apa pula reaksi keluarga nanti? Datang pula Ikmal Hazriel yang ingin menyambung cinta zaman universiti dulu dengan Hanis. Tekan read dan terima kasih kerana membaca! start ; 27 Apr 2019 end ; 18 Nov 2020
Dia.... Aydenku by RoseVantalica
52 parts Complete
Orang kata, seorang gadis biasa berkahwin dengan putera raja hanyalah dongengan zaman Cinderella sahaja. Ada juga yang kata, kisah itu wujud di dalam novel cinta yang mana penulis berangan nak kahwin dengan orang kaya, tetapi, hajatnya tidak kesampaian. Namun, kenyataan itu berjaya dibidas apabila Neil Ayden Raeqal datang melamar Nureen Raisyha. "I nak, you kahwin dengan I". - Neil Ayden Raeqal Bukan, ini bukan kahwin paksa. Kahwin paksakah namanya jika seorang melamar, seorang lagi menerima, tetapi bukan atas dasar cinta? Memang Nureen Raisyha minat terlampau minat dekat anak korporat yang kaya-raya itu. Bukan kerana harta, tetapi lebih tertarik kepada aura yang lelaki itu bawa bersama. Tetapi, minat itu sekadar terhenti di situ. Begitu sukar dia untuk menerima lamaran lelaki itu kerana perasaannya hanyalah terbatas pada minat, bukan cinta. Namun, disebabkan desakan Neil Ayden Raeqal dan dibawa sekali ibu bapa lelaki itu dalam menjadikan dia milik seorang Neil Ayden Raeqal, akhirnya, Nureen Raisyha terpaksa menerima lamaran itu. "Apa sebenarnya sebab awak nak sangat kahwin dengan saya?" - Nureen Raisyha "Secret". - Neil Ayden Raeqal Neil Ayden Raeqal tidak pernah memberitahu sebab-musabab dia mengahwini gadis itu. Apabila disoal, dia memilih untuk berdiam. Sehinggalah suatu hari, Nureen Raisyha sendiri yang dapat tahu tentang motif lelaki itu mengahwininya. Benar-benar merentap separuh jiwanya kerana dia mulai sedar bahawa hari demi hari dia mulai mencintai suaminya itu. "Saya harap, saya adalah dia. Yang mencintai dan dicintai". - Nureen Raisyha Konflik semakin bertambah apabila seorang demi seorang insan dari masa lalu datang menemui pasangan itu sehingga mampu menggoyahkan rumahtangga yang hampir menemui titik kebahagiaan. Apakah kesudahan kisah ini? Akankah benar cinta suci Cinderella dan Putera Raja itu wujud di dunia nyata? Jika kahwin, memang ya. Jika cinta? Adakah mungkin semuanya hanya hidup di dunia fantasi sahaja? [COMPLETE]
TITLE MRS. UNTUK DELAILA [COMPLETED] ✔︎ by ainqalbi
46 parts Complete
Segalanya bertitik tolak daripada kerja paling gila aku pernah buat. Melamar Diff, kawan sendiri sebagai suami. "Kau nak kahwin dengan aku tak?" -Lela "Apa kau merapu, merepek dan meraban pagi-pagi ini?" -Diff Walaupun pada mulanya agak tiba-tiba, akhirnya lelaki itu setuju! Diff serta sifat pelindungnya cukup membuatkan aku rasa dihargai. Namun, segalanya ranap dalam sekelip mata pada hari pernikahan kami. Diff pergi tinggalkan aku. Setelah dua tahun peristiwa pahit itu berlalu, takdir Tuhan menemukan aku dengan seorang lelaki dengan cara yang langsung tak masuk akal. Bayangkanlah, masuk-masuk rumah terus kena cop jadi bakal menantu! "Hah Muz, inilah bakal menantu yang ayahanda nak." -Tuan Muhammad Ingatkan pertemuan kami berakhir di situ saja. Rupa-rupanya bersambung lagi! Muz dengan perangai gila dia cukup membuatkan hidup aku bertukar huru-hara hanya dalam sekelip mata. "Balik sekali? Hei, awak fikir kita berdua duduk sebumbung ke? Pergi keluarlah!" -Lela "Soon, sayang... kita duduk sebumbung eh? Bukan setakat sebumbung! Serumah, sebilik, sekatil, sebantal, seselimut... sesemuanyalah!" -Muz Itu baru sedikit. Banyak lagi benda gila yang dia dah buat. Semakin aku menjauh, semakin Muz datang mendekat. Tapi kalau dah namanya jodoh, pisahlah macam mana pun tetap bersatu atas pelamin. "Aii... termenungkan apa itu cik abang?" "Eh, mana ada termenung. Cuma tak sangka kita dah kahwin!" Baru saja bertatih menuju bahagia, ujian derita datang menjengah. Bezanya kali ini bukan disebabkan orang ketiga. Semuanya berpunca daripada sebuah rahsia. Bagaimana pengakhiran kisah cinta seorang Delaila? ©AinQalbi2020 cover by @DyannRose 😍 beautiful banner by @AnfaaHanna 🤗 @ierysaurora 😆 @nrullfatini 😘 ⚠️STRICTLY, THIS IS FULLY MY OWN IDEA ⚠️ LET ME KNOW IF YOU HAD READ THIS STORY AT OTHER'S ACC
RIAZ : SPARKLING LOVE [C] by tyrastory_
71 parts Complete Mature
❤️‍🔥2ND HOT LOVE SERIES❤️‍🔥 Cinta datang tanpa dicari. Hanya ucap 'hye' sahaja, hati dua manusia mula bertaut tanpa sengaja. "My name is Elvira Dania. You can call me Elvira.." -Elvira Dania Namun si lelaki hanya buat tak endah sahaja dengan perkenalan gadis tersebut. Malah, lelaki itu membalas dengan reaksi yang beku sahaja. "Jangan nak melebih-lebih. Aku layan kau elok-elok kerana kau pelanggan aku. Kenyang ke kau kalau tahu nama aku, hm?" - Riaz Ridhuan Orang kata, hati manusia berbolak-balik. Hanya dengan renungan mata sahaja, ia boleh membuatkan seseorang jatuh cinta pandang pertama. Gadis itu sangat ceria. Sentiasa senyum walaupun ditindas. Namun, siapa sangka, gadis yang sentiasa tersenyum itu mempunyai trauma tersendiri? Mempunyai rasa takutnya tersendiri sehingga dia sendiri yang menghalau si lelaki untuk menjauhi dirinya. "Please go Riaz.. jangan dekat dengan i.. i malu dengan diri i.. dan i taknak you malu bergaul dengan i.. please.. pergi dari sini.. pergi dari hidup i." -Elvira Dania. Adakah hubungan kawan mereka hanya terjalin sehingga ke tahap itu sahaja? Ada satu kisah silam yang berlaku dengan orang yang rapat dengan mereka dan ia membuatkan Riaz mempunyai dendam yang begitu dalam. "Kau tunggu.. aku akan cari segala bukti kerja kotor kau. Dan aku akan pastikan kau kembali ke penjara tanpa ikat jamin dari sesiapa." - Riaz Ridhuan Riaz harus menjaga Elvira dari seseorang. Seseorang yang sangat bahaya.. dan kejam. Siapakah 'seseorang' yang dimaksudkan? Lightconflict, sweet, nakal dan kelakar. Harsh words, romance and sexy storyline. Some action story. Mature content🚫 ⚠️DON'T PLAGIARISM⚠️ This story is my idea 100%. Don't copy my story. Just be yourself. Thank you.
Mr. A.H.  [Completed] by Raydensaphire
71 parts Complete
Adam Haiqal dan Aisy Hawa. Kedua-dua mereka datang dari keluarga berada namun gersang kasih sayang keluarga. Atas kehendak keluarga, mereka disatukan. Tapi Hawa tak sangka pula calon suaminya itu adalah insta-famous pandai memasak yang pernah menjadi crush hatinya! "Adam, awak... Awak A.H. kan?" -Hawa- Sayangnya, impian Hawa untuk membina rumah tangga bahagia yang tidak pernah dirasainya musnah apabila suami yang baru dikahwininya itu mendedahkan satu rahsia! Handsome, kaya, pandai memasak, baik dan gentleman. Adam memang lelaki perfect idaman semua wanita. Tapi hakikatnya, lelaki itu menyimpan satu aib yang sangat besar! "I can't love you, can't treat you as how other husbands normally treat their wives." -Adam- Adam langsung tak sangka apabila dia berterus terang berkenaan rahsianya kepada Hawa, wanita itu tetap mahu mengekalkan perkahwinan mereka! "I'm not gonna give up on you, Adam." "Kita kawan dulu, okay?" -Hawa- Berjayakah Hawa menawan hati Adam? Dan mampukah Adam keluar dari kancah dosanya dan mencintai si isteri? "Adam, kita datang bersalut lumpur yang sama." -Hawa- "Hawa selamanya adalah isteri aku." -Adam- Ikuti kisah bagaimana Hawa menakluk hati crushnya, Mr. AH! Tropes: Secret crush Both have dark past Character growth & hijrah ke arah lebih baik She fell first, he fell harder Family bond This is a sweet fluffy story! Tak melodrama mana :') (TRIGGER WARNING: SILA BACA!!!) Karya ini mengandungi isu kecelaruan kesihatan mental seperti depresi, ketagihan alkohol, cubaan bunuh diri serta orientasi seksual songsang. Isu-isu yang disentuh mungkin boleh mencetuskan stres atau gangguan kepada pembaca. Sekiranya anda terkesan dengannya, adalah dinasihatkan agar membuat rujukan dan mendapatkan bimbingan lanjut daripada pihak yang wajar.
You may also like
Slide 1 of 10
Marriage To Kill cover
33. Oh My Crush cover
KERANAKU CINTA KAU [TERBIT] cover
KERANA KAU YANG AKU CINTAI🍁 cover
Hati Ini Milik Siapa?  cover
HEY MR PHOTOGRAPHER © cover
Dia.... Aydenku cover
TITLE MRS. UNTUK DELAILA [COMPLETED] ✔︎ cover
RIAZ : SPARKLING LOVE [C] cover
Mr. A.H.  [Completed] cover

Marriage To Kill

11 parts Ongoing

6 tahun yang lepas merupakan permulan bagi titik hitam dalam kehidupan Han. Han Daniel, jejaka yang menjadi idaman para wanita. Disebabkan rupa parasnya yang menawan, aura lelakinya, berduit memang hampir dengan perkataan sempurna. Tetapi di sebalik kesempurnaannya terdapat sebuah rahasia gelap yang tersimpan jauh dalam ingatan. Di sisi lain seorang wanita ceria, manis dan yang paling penting adalah kemahirannya dalam pekerjaan rumah. Sungguh menunjukan ciri ciri kewanitaannya. "Jom khawin"- Han Daniel "Encik ni dah kenapa? Buang tebiat ke?"- Izabella Siapa sangka pertemuan tak sengaja antara Iza dan Han membawa mereka kearah perkhawinan. "Forget about the mission, all I need is you."- Han Daniel "I'm so sorry Han."- Izabella Rahasia yang tersimpan hampir satu abad akhirnya terbongkar. Rumah tangga Iza dan Han mula goyah. Sampai bila jodoh mereka akan berkekalan? Sampai bilakah Iza dan Han sanggup mempertahankan rumah tangga mereka? Masih adakah cinta buat mereka? Dapatkah dua hati ini bersatu selamanya? Hi! My name is syfirz. This is my first story hope you guys enjoyed! I'm sorry if my story is too cheesy or cringe. I will try to improve my skills.