꧁𓊈𒆜𝕻𝖊𝖗𝖋𝖊𝖈𝖙 𝖈𝖔𝖛𝖊𝖗 𝖇𝖞 𝕿𝖎𝖙𝖎𝖕 𝕯𝖊𝖘𝖆𝖎𝖓𒆜𓊉꧂
Tak ada aksara yang tak dapat dikatakan. Sebisu rasa, hati tetaplah berkata. Diam pun sahaja ada makna yang terselip di dalamnya. Seperti abu merindu arang, seperti langit menanti hujan, seperti lautan mencumbu tepian pantai.
Dalam diam aku berkata, "Akibat segores luka, tertumpah sejuta makna. Akibat satu cinta, aku merindu hingga seluas dunia."
Mustahil bagi aksara tak memiliki tempat untuk bertahta. Di sudut ruangan kotor dan berdebu itu, kudendangkan syair merdu yang kian berlalu.