Sinopsis Ikatan yang terjalin selepas tamat persekolahan adalah sesuatu yang menjadi idaman remaja kini. Mempunyai seseorang yang mampu membimbing dan mendidik dengan agama merupakan impian seseorang. Namun, apa yang dibanggakan dan diperkatan tidak selari dengan angan-angan dan perbuatan. "Tunggu saya untuk 4 tahun ini. Saya akan halalkan awak sebaik saya pulang ke Malaysia nanti." -Wildan- "Kau yakin ke yang dia akan kotakan janji dia pada kau dan keluarga kau?" -Farah- "Kau sabar tau? Aku tetap akan ada dengan kau walau apa pun yang akan terjadi." -Faezah- Benar kata orang, penantian itu satu penyeksaan namun penantian dalam ikatan pertunangan itu lebih menyakitkan. Hati yang berubah tidak mampu dikawal, juga tak mampu dinoktahkan. Pilihan yang perlu dibuat lebih berat dan membebankan. "Do you have someone special in your heart now?" -Laila- "Saya rasa tak sesuai bagi seorang perempuan bertanya seperti itu kepada seorang lelaki." -Ilham- Benarkah pipit tidak sesuai dengan si enggang? adakah pangkat atau darjat yang menjadi halangan? LAFARIO; Lamunan Antara Fantasi dAn Realiti Itulah Obsesi.All Rights Reserved
1 part