Prequel:My Mission, This Is a Game. _Azra_ Tahun berganti tahun, Azra membina kekuatan dirinya. Tekadnya, enggan si dia bersimpati lagi. Dengan kekuatan itulah dia menjalani kehidupan sehariannya. Tapi, bila berjumpa, longgarlah juga lututnya. Mana taknya, si dia kini, bertambah matang, berkarisma dan.......nakal. Datangnya dia bersama hasrat. Hasrat meneruskan apa yang terputus. Namun, Azra tekad untuk terus menolak. Bukan apa. Si dia tahu kisah hitam Azra. Azra tidak mahu hubungan mereka terjalin atas dasar simpati. Kerana alasan itu jugalah hubungan mereka goyang. Demi kebaikan Azra, ayahnya nekad menerima pinangan seorang anak kenalannya. Tak betah dia melihat Azra terus dikejar dan menolak . Azra terima walaupun dia keliru. Tapi....Azra sedar. Satu perkara yang penting dalam apa jua perhubungan. Iaitu sesuatu bernama. KEPERCAYAAN @Myra_Naz