Second Chance [C]
  • LETTURE 25,690
  • Voti 1,374
  • Parti 58
  • LETTURE 25,690
  • Voti 1,374
  • Parti 58
Completa, pubblicata il mag 31, 2020
Orion Sports University

Melahirkan ramai atlet yang terkenal di negaranya berada. Sebut sahaja nama Universiti tersebut, pasti dikenali ramai. 

Aryana Rosè Henderson

Seorang gadis yang terkenal dengan sifat nakal semula jadinya. Setiap hari, ada sahaja masalah yang dibuat dan jika tak dipanggil dengan pengurus Universiti, memang tak sah!

Dalam nakalnya, dia juga merupakan seorang atlet renang Universiti. Sangat terkenal dengan kehandalan dia dalam renang freestyle dan individual medley. 

Siapa sangka, tiba-tiba sahaja dia ingin menukar minatnya ke dalam bidang sukan yang lain. Kerana kedegilan dia, nasihat dari rakan-rakan sebiliknya hanya diabaikan. Dia menyertai sukan yang dia langsung tiada pengalaman. 

Beberapa kali percubaan namun dia gagal. Hampir sahaja dia menyerah kalah, ada seseorang yang menyokongnya untuk meneruskan latihan. 

Ajaibnya, yang menyokong dia adalah orang yang pernah dia bergaduh! 

Mampukah dia meneruskan?

Atau dia ingin kembali dalam sukannya yang terdahulu?

Adakah peluang untuk dia?

Dia, seorang gadis yang tidak mempercayai wujudnya peluang kedua

Start : 5/6/2020
End : 28/11/2020
Tutti i diritti riservati
Iscriviti per aggiungere Second Chance [C] alla tua libreria e ricevere aggiornamenti
oppure
#1challenge
Linee guida sui contenuti
Potrebbe anche piacerti
Kalau Sudah Tertakdir | C  di Qeyraaaaa_
44 parti Completa
SINOPSIS Hera Qistina-gadis yang selama ini hidup dalam kebahagiaan bersama keluarganya, tiba-tiba terpaksa menelan hakikat bahawa dia bukan siapa-siapa. Bukan anak kandung, bukan waris sebenar, dan bukan sesiapa yang berhak berada dalam keluarga itu. Lebih menyakitkan, orang yang menghancurkan dunianya adalah lelaki yang selama ini dia percayai-Tengku Aydan Iskandar. "Kau dan kembar kau tu cuma anak angkat je, sedangkan aku anak kandung sebenar. Kau bukan Hera Qistina binti Tengku Mokhtar. Kau cuma Hera Qistina binti Nizam." Kata-kata itu membina tembok kebencian antara mereka. Dendam yang membara dalam diri Tengku Aydan membuatkan Hera menjadi mangsa. Satu demi satu keperitan menimpanya, seolah-olah dia tidak layak untuk mengecapi kebahagiaan. Dia dipersalahkan, dihina, dan akhirnya dikorbankan dalam sebuah perkahwinan yang tidak pernah diimpikannya. Bagi Hera, perkahwinan itu adalah perangkap. Baginya, Tengku Aydan mahu menghancurkan hidupnya perlahan-lahan. Dia cuba melawan, cuba membenci, tetapi hatinya sendiri yang terseksa. Setiap detik bersamanya adalah penyeksaan, namun entah mengapa, ada rasa lain yang semakin menyesakkan dadanya. "Kau? Pertama kali kau guna panggilan tu. Kau... kau betul-betul dah bencikan aku?" - TENGKU AYDAN ISKANDAR "Infinity. That's how much I hate you!" - HERA QISTINA Namun, dalam kemelut yang tidak berpenghujung, ada satu hati lagi yang menanggung lara-Sara Edlina, kembarnya sendiri. Walaupun mereka lahir dari rahim yang sama, mereka tidak pernah memiliki nasib yang serupa. Jika Hera terperangkap dalam perkahwinan, Sara pula terperangkap dalam perasaan. Satu-satunya lelaki yang dia cinta hanya memandang Hera. Hera sudah terlalu penat dengan takdirnya. Setiap langkah terasa seperti menuju kehancuran. Mampukah dia bertahan dalam rumah tangga yang dipenuhi dengan kebencian? Atau, adakah hatinya sendiri yang akan mengkhianati semua perasaan itu?
Potrebbe anche piacerti
Slide 1 of 10
43. Hell Girl cover
35. That Not My Problem cover
Tengku Rafael Zafran: Obsessed Husband [C] cover
Cinta Untuk MrGarang cover
Dia.. Delilah Lavelle[O/G] cover
Kalau Sudah Tertakdir | C  cover
Tentang seseorang cover
Davira cover
AYSUN: The Unbend cover
Diabolic [[✔]] cover

43. Hell Girl

67 parti Completa

Suhu badan dibawah 27 darjah. Degupan jantung perlahan ekoran suhu badan yang rendah. Mempunyai keistimewaan dimana tidak dapat merasai sebarang objek yang panas. Boleh rasa sakit boleh rasa sejuk, tapi tidak pernah rasa apa itu kehangatan. Kelebihannya, dia tahan sejuk. Hidup sentiasa dikelilingi dengan alat pemanas dan heater untuk memastikan kelangsungan hidup. Namun sukar berpeluh ataupun berasa letih. Digelar sebagai hell girl sejak lahir lagi ekoran simtom pelik yang diperoleh sebagai sindiran kerana suhu badannya sejuk seperti mayat. Kerana disebabkan hidupnya tidak senormal manusia lain dan keistimewaannya ini. Dia telah dipenjara dalam makmal menjadi bahan uji kaji. Darahnya di ambil, otaknya di scan beribu kali, tulangnya di tebuk, kulitnya di toreh. Segala jenis sel di proses. Mizuki Aesira terseksa! Namun ianya tidak berkekalan apabila ada yang datang menuntut kebebasannya demi sebuah keadilan. Karya dari THTA. Di atas permintaan ramai yang mahukan genre versi Hell School. Tinta telah memerah otak mendapatkan idea. Maka lahirlah buku ke-43 ni. Start 2/10/2022 End. 5/11/2022 NOVEMBER 2022.