"selagi bulan dan bintang masih ada... selagi itu kita akan bersama" Di suatu malam yang indah,dengan bersaksikan langit malam yang dipenuhi taburan bintang dan bulan mengambang,Akira dan Rei membuat suatu perjanjian 'sehidup semati' . Rantai bulan dan bintang juga sebuah kapsul masa menjadi lambang hubungan Akira dan Rei yang terukir pada malam itu. Namun perjanjian yang dibuat oleh Rei dan Akira hanya tinggal janji kosong. Suatu kejadian kemalangan yang hampir meragut nyawa Rei menyebabkan Rei koma selama 3 tahun,apabila dia sedar daripada tidurnya yang panjang,Dia kehilangan kesemua ingatannya termasuk memori manisnya bersama Akira. Akira hilang entah ke mana dan tidak dapat dijejaki. Hikari,kawan baik Akira dan Rei Cuba mengembalikan 'sebahagian' dari ingatan masa lalu Rei dan dia berjaya. Rei yang berjaya mendapat semula memorinya kemudiannya tertanya-tanya dimanakah Akira menghilang. Kehidupan Rei berjalan seperti biasa hingga sampai suatu hari Akira datang semula menuntut janji.rantai bulan menjadi bukti bahawa dia adalah 'Akira' yang menghilang selama ini. Rei sungguh gembira.namun kegembiraannya tidak bertahan lama apabila muncul seorang lagi Akira yang memegang rantai bintang. Rei mulai buntu.dirasakan baginya ada sesuatu yang tidak kena. "Kenapa ada dua orang Akira? Kenapa rantai bulan dan bintang dipisahkan?" Yang mana satukah 'Akira' sebenar? Watak: -AMANE REI -AKIRA TSUKI -AKIRA HOSHI -OZAWA HIKARI *Hai korang! Makasih sbb sudi jenguk buku ni😊❤️ni cerita pendek je! Fast update no worries ✨ kalau suka, vote n comment eh✨ Ada la semangat author nak update cerita Ni sampai habis... Lot love for those who's support me!!❤️