It's an order Faiq Iqbal Bin Zakwan. It's an order - Puan Sri Kalsom
Kalau tak setuju? - Faiq Iqbal
Well, let's make it simple, son... you are not going to stay in this room anymore - Puan Sri Kalsom
Autokratik! Kuasa veto Puan Sri Kalsom siapa boleh sanggah. Meskipun Faiq Iqbal merupakan Pengerusi DW, kedudukannya akan tergugat apabila Puan Sri Kalsom memberi arahan.
Lantas Faiq Iqbal bersetuju dengan pilihan terakhir mama iaitu Aireen Arshat, penyanyi lounge Hotel DW. Namun perkahwinan mereka perlu dirahsiakan.
Tuan Sombong gelaran yang diberikan Aireen kepada Iqbal tidak menjadi masalah besar kerana sememangnya dia begitu.
Namun, berkahwin dengan gadis muda yang lincah menuntut jantung Iqbal bekerja keras mengikut rentak si isteri.
Kau jangan jatuh cinta dengan aku, Aireen. Aku tidak mahu kau kecewa - Iqbal
Jika suatu hari nanti saya jatuh cinta, biarlah cinta itu sama seperti cinta tuan terhadap dia - Aireen
Terluka dengan kisah cinta pertamanya membuatkan Faiq Iqbal takut untuk jatuh cinta lagi. Walaupun dia menolak, perasaan cinta tetap bercambah. Dengan Aireen, dia tidak mampu menafikan perasaannya.
Tuan sebenarnya manja dan mengada juga, kan - Aireen
Kau ni konsisten, kan? - Iqbal
Apabila cinta mula berputik dan menanti bahagia berkembang mekar, muncul Maya menagih cinta Iqbal kembali.
Maya, pemilik cinta mati Iqbal. Iqbal sanggup menjadi Pak Turut demi si kekasih hati.
Siapa saya, tuan? - Aireen
Soalan mudah yang tidak mampu Iqbal jawab.
Saya cintakan, tuan. I love you. Do you know that! - Aireen
Kerana kecewa, Aireen membawa diri yang lara.
Tak perlu cari dia lagi. It's over - Puan Sri Kalsom
Aireen pergi, dia hilang punca. Iqbal terduduk saat cincin pernikahan dipulangkan oleh Aireen.
Antara cinta pertamanya, Maya atau Aireen, isteri pilihan mama. Iqbal perlu buat pilihan.
Bertemu dan berpisah adalah lumrah kehidupan. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta diuji apabila isteri yang disayangi menghadap ilahi. Kehadiran cahaya mata kembar menjadi penyeri dalam kehidupan.
"Halalkan segala..Ma...makan dan minum Mia....Jaga an..anak-anak kita bie..."Tangan suaminya digenggam erat. Andai sudah tiba masa aku pergi dari dunia ini..Aku redha ya Allah. -Mia Maisarah-
"Jangan cakap macam ni sayang... Bie tahu sayang kuat, please stay with us.."Dari tadi air matanya tak kering-kering. Mengalir deras ibarat paip air yang bocor. -Sayf Aydeen-
Kepulangannya ke tanah air selepas 4 tahun berhijrah, menjadi titik permulaan pertemuan Sayf Aydeen dengan seorang gadis.
"So...Ganti la balik...Sudah la main langgar sampai tercampak handphone ni.."Mujur masih berfungsi. -Syafa Adreen-
"Excuse me, I...." -Sayf Aydeen-
Siapa sangka pertemuan yang tak dijangka itu berterusan sehingga mereka berada di bawah satu bumbung yang sama sebagai pekerja dan majikan.
"Saya..min..minta maaf encik...." -Syafa Adreen-
"Senang je kan? Salah je minta maaf...Mama, sebab ni la Aydeen nak pilih betul-betul babysitter untuk diaorang...Aydeen taknak benda-benda macam ni berlaku...Harini melecur jari, esok-esok apa pula?" -Sayf Aydeen-
Namun, siapa mampu menghalang takdir yang telah dicipta. Kehadiran Syafa Adreen dalam rumah itu telah menjadi penyeri buat anak kembarnya. Kasih dan sayang yang gadis itu tumpahkan untuk anak-anaknya tidak terkira.
"Siapa yang nak bertanggungjawab dengan hati aku, Reen?"-Sayf Aydeen-
"Encik cakap apa ni? Jangan nak main-main.." -Syafa Adreen
Apabila cinta mula bersulam dan kasih diterima. Kebenaran terungkap. Hati yang diberikan kepada lelaki itu hancur lumat. Syafa Adreen tak sangka lelaki itu mempermainkan dirinya. Sakit yang berdarah itu sukar untuk disembuhkan. Apa akan terjadi dengan rumah tangga yang dibina?