Charlie Naowarat, jejaka misteri bermata kelabu yang mempunyai seribu satu tanda tanya di hati Nuha Adelia.
Bagi Nuha Adelia, jejaka itu sangat mengancam dan aumm!! Kacak banget! Terserempak sahaja jantung bagaikan mahu tercabut! Kacak maut! Mr.Hotss!
Pertemuan secara acah drama di dalam televisyen antara Nuha Adelia dan Charlie Naowarat membuatkan pelakon wanita terbaik a.k.a diva cantik itu bergetar lutut dan memilih untuk cuba mencuri hati Mr.Hotsss terlajak kacak itu.Biarpun bunyinya seperti perigi mencari timba,tetapi dia tidak kisah!
"Hai,jodoh!"-Nuha Adelia
"Gila,"-Charlie Naowarat
"I mana gila! I gilakan you je!"-Nuha Adelia
Selama beberapa bulan berada di kampung jejaka idamannya itu bagi menjayakan sebuah drama televisyen, berbagai cara dilakukan Nuha Adelia untuk mencuri perhatian dan hati Charlie Naowarat namun hampa.Agaknya di dalam mulut Mr.Hotsss itu ada ketulan emas sehinggakan memalau dirinya habis-habisan!Sakit hati uhuks!
Nuha Adelia masih tidak berputus asa. Kerana baginya,dia kenal jejaka bermata kelabu itu.Nalurinya kuat mengatakan bahawa lelaki itu merupakan serpihan memorinya yang hilang.Ya,dia amnesia.
Renungan mata kelabu itu,seperti pernah dilihatnya.Wajah kacak itu seperti pernah menjadi orang terpenting di dalam hidupnya.Tetapi,bila?
Tanpa pengetahuan Nuha Adelia,Charlie Naowarat bertungkus-lumus melawan perasaan rindu dan trauma.Trauma jika gadis kesayangannya disakiti lagi.Dia terpaksa mengorbankan perasaan cintanya sendiri demi keselamatan gadis dicintainya.Mengapa?
Sehinggalah, Nuha Adelia membuat keputusan untuk berputus asa dan pergi dari kehidupan lelaki itu.
"Aku cintakan kau. Kerana aku cintakan kau, kita tak boleh bersama, Nuha."-Charlie Naowarat
"Jika you cintakan I, you akan berjuang.Cuba dapatkan I walaupun apa yang terjadi dan akan terjadi. Itu namanya cinta, Ar."-Nuha Adelia
"Merindui seseorang di hadapan mata lebih perit daripada merindui seseorang yang telah hilang,"-Charlie Naowarat
Start : 6/6/2020
4th story 🤍
Haris Wafi - Perwatakannya jauh panggang daripada api dengan maksud namanya. Pelindung yang setia? Tidak. Itu bukan dia. Nak melindungi siapa? Wanita? Tak mungkin. Bagi dia wanita cumalah alat untuk dia bersuka ria. Yang setia? Jauh sekali. Dalam kamus hidupnya tidak pernah wujud perkataan setia.
Nur Nisrina - Maksud namanya sangat melambangkan perwatakan si pemilik nama. Cahaya sang mawar putih. Terdidik elok dengan didikan agama yang cukup menjadikan dia bagaikan sekuntum mawar putih yang tidak pernah ternoda. Yang sukar digapai oleh sesiapa.
"Tuan Haris, apa kata tuan bayar je denda tu.. Tuan kan banyak duit?" - Nur Nisrina
"Aku memanglah ada duit, kau ada duit ke?" - Haris Wafi
"Err, kalau saya pinjam dengan Tuan Haris, boleh ke?" - Nur Nisrina
"No!" - Haris Wafi
"Habis tu, takkan Tuan Haris nak kahwin dengan perempuan kampung macam saya?" - Nur Nisrina
"Why not?" - Haris Wafi
Haris dan Nisrina,
Mereka bagai langit dan bumi sehingga penyatuan mereka seolah-olah tidak masuk akal.
Bagi Haris, perkahwinan ini cumalah satu pampasan yang perlu dibayar kepada wanita itu.
Bagi Nisrina, perkahwinan ini adalah antara lipatan takdir yang Allah telah susun untuknya.
Pampasan apa yang perlu dibayar oleh Haris sehingga bayarannya adalah perkahwinan? Rahsia apa yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan Nisrina?
Dalam pada Haris mencuba memperbaiki diri untuk menjadi pelindung yang setia, Nisrina menarik diri daripada menjadi sang mawar putih milik si jejaka.
"Tuan tak pernah layak untuk jadi pelindung saya.." - Nur Nisrina
"But you are my white roses.." - Haris Wafi