Saat Harus Memilih [ TERBIT ]
  • Reads 7,185
  • Votes 158
  • Parts 50
  • Reads 7,185
  • Votes 158
  • Parts 50
Complete, First published Jun 04, 2020
Teaser by bab.

"Berubahlah Dhani, ini demi masa depan Dhani juga." PUAN AMIZAH.

Terlalu sempurna, hingga lupa akan segalanya. Ahmad Dhani kononnya merasakan dirinya lelaki paling sempurna. Punya sikap yang cerewet bahkan kedekut untuk segala perkara yang dirasakan terlalu penting buatnya. Ketepikan soal perasaan orang lain, dia juga berstatus lelaki baran. Kesempurnaan yang mampu buat dirinya tenang.

Mengenali Aisya satu-satunya cabang kebahagiaan yang dicari buat Dhani. Akan tetapi tidak pada Aisya yang sudah tersalah memilih calon suami. Namun dia redha dengan jalan hidupnya. 

Menjadi wanita pendamping hidup di sisi lelaki serba sempurna itu buat hidup Aisya bagai dalam neraka. Semuanya harus sempurna di mata lelaki itu.

Kehadiran Ahmad Fitri adalah sesuatu terindah buat Aisya. Cahaya matanya itu satu kekuatan buat dia untuk bertahan. Tapi sayangnya hanya seketika, dugaan datang menimpa. 

"Tunggu! Jangan sentuh anak aku! Mana sarung tangan doktor?" DHANI.

Keegoan Dhani menghalang nyawa si anaknya diselamatkan.
Aisya sudah tidak sanggup. Demi Tuhan dia tidak sanggup lagi.

"Mulai hari ini, Sya buat keputusan. Abang bukan lagi orang yang Sya sayang. Jika begini, lebih baik Sya pergi!" AISYA.

Demi Tuhan, Ahmad Dhani sudah jatuh tersungkur dengan sikapnya sendiri. Mampukah dia  memenangi hati Aisya kembali? Bagaimana pula dengan cahaya matanya Ahmad Fitri?

Dua-dua dia sayang. 
Dua-dua cahaya hidupnya.

Hanya pilihan menjadi penentu segalanya. Demi merebut cinta Aisya semula, Dhani berjuang untuk memulakan langkah pertama.
All Rights Reserved
Sign up to add Saat Harus Memilih [ TERBIT ] to your library and receive updates
or
#4sengal
Content Guidelines
You may also like
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧  by missdiraa
76 parts Complete
𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚 Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa apa yang dirasakan selama ini hanyalah sebaliknya? Dicurangi, dihina bahkan maruah diri itu seakan-akan dipijak oleh orang paling dia sayangi. Itulah kehidupan yang dijalani oleh Nur Syifa Ikhawana. Angkara memilih seorang lelaki yang salah, dia menjerat diri dalam lautan berapi. Dayus! "Entahlah, Syifa tak rasa nak kenal siapa-siapa." - NUR SYIFA IKHAWANA Trauma telahpun membawa Syifa menutup rapat hati itu. Tidak ada sesiapa yang mampu menambat hatinya. Tidak ada sesiapa yang mampu menawan hati itu lagi. Dia sudah serik. Serik dengan namanya cinta. "Dalam dunia ni ada undang-undang, dan kita sebagai rakyat kena patuh dengan undang-undang. Bukan setakat undang-undang dalam negara tapi juga kena tahu hukum dalam agama. Sebab orang beragama takkan sesuka hati melanggar hukum, mereka ada pegangan." - LUTH QAYYID Kehadiran seorang lelaki membawa kembali perasaan yang sudah lama menghilang. Disaat Syifa cuba menutup rapat pintu hatinya, lelaki itu datang untuk menghampiri. "Siapa yang malu? Awak ke saya?" - LUTH QAYYID "Saya." - NUR SYIFA IKHAWANA Luth Qayyid, seorang peguam tampan dan segak. Meskipun usia semakin meningkat, bukan jadi penghalangnya untuk mencari jodoh. Kata orang, biar lambat, asal betul! Namun bukan semudah itu bagi Syifa untuk menerima. Masa lalu masih membekas dalam ingatan membuatkannya takut untuk memulakan hubungan. Tidak mahu dijadikan seperti patung pemuas nafsu untuk seterusnya. "Setiap kaum Adam di dunia ini diciptakan Hawa nya. Dan saya yakin, Dia ciptakan awak sebagai ratu hidup seorang Luth Qayyid." ⚠️ No Plagiarism Allowed
BIDADARI TUAN ELQAR | COMPLETED  by thenssya
36 parts Complete
BTE OFFICIAL COMPLETED Tuan Elqar Zuhayr usahawan muda yang tampan dan berjaya , kemewahan selama ini dia rasai membuatkannya terleka dalam arus dunia . Takdir kehidupan bertindak diluar jangkaan apabila Tuan Elqar mengalami kecederaan parah dalam nahas kemalangan jalan raya , kereta yang dipandu dalam keadaan mabuk tersasar menghentam ke bahu jalan . Kini , Tuan Elqar disahkan lumpuh separuh badan . Hidupnya terasa hancur seketika Puan Sri Nor yang khuatir anaknya bakal jangkau usia 30-an tapi masih belum beristeri tambahan keadaan anaknya yang lumpuh , membuatkannya nekad mencari seorang isteri dari untuk Elqar . Berapa jumlah wang yang diinginkan pasti diberikan dengan syarat gadis itu mampu merawat dan menerima keadaan anaknya . Eisya gadis miskin yang terdesak bagi mendapatkan wang untuk pembedahan jantung sang adik sanggup berkorban apa sahaja , namun sangkaannya meleset apabila Tuan Elqar enggan menerima dirinya . Hanya diatas kertas dia bergelar isteri kepada Tuan Elqar tapi kenyataannya dia bagai hamba abdi kepada lelaki itu . " Eisya ! Eisya ! Kau pekak ke ? Aku panggil kau ! Aku nak air ! Hidup kalau menumpang harta orang pandailah jaga diri ! Ni selekeh perempuan kampung ! Tak pandai jaga suami ! " Eisya hanya diam diri tahan sebak dimarahi suami sendiri . " Ba - ik tuan ... " Berlangsung 5 bulan pernikahan rasa cinta dihati Eisya bercambah untuk Tuan Elqar , namun lelaki itu seolah mati rasa dan enggan menerimanya .
You may also like
Slide 1 of 9
Bukan Yang Terbaik cover
Pengorbanan Sang Isteri  cover
MY HUSBAND  [C] EDITED cover
Harapan Tertunda cover
Sincerely , yours cover
Hadirnya Cinta cover
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧  cover
BIDADARI TUAN ELQAR | COMPLETED  cover
Peluang Kedua Buatku (S2) cover

Bukan Yang Terbaik

46 parts Complete

Aurora Arabella, seorang gadis manis, lembut dan ayu. Dia sangat hebat dalam peperiksaan yang menyebabkannya selalu mendapat tawaran setelah habis sekolahnya. Namun semua itu ditolak hanya sebab satu alasan, perasaan sayang dan bertolak ansur terhadap kakaknya, Atiqa Amylia yang menghidap sakit kanser. Hal ini menyebabkannya tersisih dari keluarga yang sibuk mementingkan kesihatan kakaknya. Hari demi hari, dia mulai terasa hati. Namun, bertemu pula dengan jejaka idaman malaya, Zafriel Xavier, budak kacukan yang baru sahaja berpindah kesekolahnya. Dia agak hairan mengapa lelaki kaya itu tidak memilih sekolah elit untuk dijadikan tempat menuntut ilmu. Mereka mula akrab dan lama-lama, satu perasaan mula terbit dalam hati masing-masing. Sekali lagi, ada sahaja halangan yang menggangu. Namun, Aurora memilih untuk membiarkan sahaja halangan itu dan mengambil risiko. Hal ini menyebabkan kedua hati ini kembali bersatu walau tanpa restu keluarga. Amat memenatkan, tetapi membahagiakan. Adakah ianya akan kekal hingga akhir hayat apabila rahsia akan terbongkar satu persatu?