DEWI JERUNG

DEWI JERUNG

  • WpView
    LECTURAS 7,262
  • WpVote
    Votos 611
  • WpPart
    Partes 65
WpMetadataReadContenido adultoContinúa
WpMetadataNoticeÚltima publicación mar, sep 5, 2023
BLURB Dua insan terjebak di dalam dunia JERUNG. Dalam pertarungan antara para JERUNG, Amani Kaisara Ikhwan bukan pendamai. Dia pencetus gelanggang konfliknya. Yang menang bergaya semakin kaya. Yang kalah melutut minta nyawa. Muncul Alif Perwira Nadim yang menjadikan ketenangan hidup Amani porak-peranda.. Lelaki itu bukan mencari cinta. Dia ada tugas yang harus dilaksanakan dengan sempurna. Di sebalik wajah kacaknya dia pengutus kemusnahan. Namun, pertama kali melihat perempuan yang harus menjadi mangsanya, dunianya terbalik. Dia terpana dengan perasaan yang aneh. Semakin masa berlalu, semakin mendalam perasaan itu sehingga menjadi obsesi. Berjayakah Alif memiliki Amani untuk mengisi ruang dalam hidup ganasnya yang kosong? Amani merasa dirinya kebal daripada sebarang godaan. Justeru dia tidak memahami tarikan yang dia rasa terhadap lelaki yang dilihatnya suka bermain kata-kata itu. Dia mahu bersamanya, walau pun tahu permainan apa yang direncana oleh lelaki itu. Mengapa seluruh gerombolan Jerung mahu melindungi lelaki itu sedangkan mereka tahu apa niatnya mendekati Amani? Berani kau permainkan aku dengan hantaran bunga tahi ayam! - Amani. Tu m'as sauvé la vie, chérie - Alif. Dewi Jerung tidak percaya pada cinta. NOTA UNTUK PEMBACA: Cerita ini Antithesis kepada kebanyakan cerita yang sering menggambarkan 'perigi mencari timba' dan perempuan menderita kerana mencintai lelaki yang dingin. Cerita ini terbalik ya ... Dalam novel ini ada watak dalam Solutions For Network Application and Paradigm (SNAP) sebagai aktor pembantu. Cerita ini rekaan semata-mata. Sebarang persamaan sama ada dari segi nama, atau entiti adalah kebetulan semata-mata. ***** Dilarang PLAGIAT!
Todos los derechos reservados
Únete a la comunidad narrativa más grandeObtén recomendaciones personalizadas de historias, guarda tus favoritas en tu biblioteca, y comenta y vota para hacer crecer tu comunidad.
Illustration

Quizás también te guste

  • IDENTITI : MALAM BULAN BERDARAH
  • Mamat Kerek, Gadis Spy [C]
  • 𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG]
  • [Terbit] Mischievous Killer [UNEDITED]
  • SAYANGKU JASMIN (novel terbit)
  • Crush Mr Scandel
  • JERUNG-JERUNG
  • DIA ADA CINTA
  • Cinta Milik Alexander
  • HER LOVE LETTER [C]

(AMARAN : ️⚠️KHUSUS UNTUK PEMBACA YANG KUAT MENTAL️⚠️) Pabila gerhana mengutuk manusia berdosa,para malaikat kematian tanpa wajah diutus untuk menuntut mereka yang melampaui batas. Namun,di sebalik kutukan yang semakin menguat...sebuah insiden yang lebih dahsyat tercetus. Negara Oshinawa digegarkan dengan pelarian High Experimental Creatures (HEC) daripada HEC FOUNDATION akibat satu kemalangan misteri yang tak terjangka.Apa yang disangka sekadar krisis biologi ternyata jauh lebih mengerikan,memaksa pihak CRPA dan PBB meminta bantuan luar. Namun, jawapan yang mereka temui bukan sesuatu yang diingini. "Kau mahu kita bekerjasama dengan 'si paling penegak keadilan' tu?!" - Hirito "Mereka satu-satunya petunjuk yang kita ada.Lagipun,makhluk itu bukan sesuatu yang mudah dijinakkan." - Scarlet Di tengah-tengah pertempuran yang semakin mengila,tersingkap kebenaran yang telah lama dikuburkan.. Pemimpin di sebalik bencana HEC FOUNDATION bukan sekadar dalang tetapi juga mangsa kezaliman SKYRA sebelum kematian Profesor Anissa Dayana,mempersoalkan motif sebenar pelarian itu. Misteri semakin ditelusuri satu demi satu... Membuka lebaran kepada seorang anak istimewa yang pernah kekal di sisi Anissa Dayana sebelum dirinya menghilang tanpa jejak. Identiti sebenar Akira turut tersingkap menariknya ke dalam kegelapan konspirasi SKYRA yang tak pernah dia bayangkan. "A-aku...aku bukan lagi anak dia." - Akira Namun,kebenaran bukan satu-satunya rintangan.Luka lama yang telah lama dikuburkan kini pecah angkara api cemburu,membangkitan kisah hitam yang ingin dilupakan... "Sentuhan wanita bagaikan racun menusuk tapi kau....kau berbeza,mentariku" - Izzat Adakah mereka mampu menyelesaikan segala kekusutan ini? Siapakah sebenarnya Akira? Siapakah anak yang menghilang itu? Mampukah misi ini mengungkap kisah yang telah lama dikunci? DI SINI, KITA MEMBUKA WAJAH...

Más detalles
WpActionLinkPautas de Contenido