AISY AMSYAR atau lebih dikenali sebagai JACK. Siapa saja tidak mengenali lelaki itu? KETUA MAFIA! Seorang yang digeruni oleh kelompok manusia. Membunuh?Mengedar dadah?Sindiket pelacuran? Aktiviti yang sudah sebati dalam diri AISY AMSYAR. "Aisy! Tolong hentikan semua kerja haram ni". "Aisy minta maaf ma. Aisy tak boleh. Aisy buat semua ni demi adik.Selagi tak jumpa pelakunya,sampai mati Aisy takkan berhenti" Disebalik wajah gerun itu. Siapa tahu tersimpan seribu rasa yang terpendam? Ya!Bukan mudah untuk mengambil keputusan menjadi seorang MAFIA tetapi demi melunaskan dendam,AISY AMSYAR sanggup. Kehadiran seorang perempuan dalam keadaan yang tidak disangka,mewujud kan satu rasa yang tidak pernah dirasakannya. "Lepaskan perempuan tu!" "Aku beli dia" Disebabkan tiada arah tuju,SARA AULIA hanya mengikut lelaki berwajah bengis itu. Yang baru saja menyelamatkannya daripada diperkosa. Dia tiada pilihan. "Siapa saya di mata awak?" "Kau hanya perempuan simpanan aku" Persoalan yang bermain di fikiran SARA AULIA akhirnya terjawab. Di saat hatinya mula mencinta,dirinya hanya dianggap sebagai perempuan simpanan. Kejadian yang tidak disangka telah merubah seorang AISY AMSYAR. Ingatannya telah ditarik serta merta. Kala itu lah empayar seorang MAFIA musnah sekaligus. Tiada secebis pun tertinggal untuknya. "Siapa aku?Kau siapa?" "Saya isteri awak. Saya akan jaga awak" "Bila aku khawin?" Dia hairan. Kenapa ramai yang tidak menyukainya? Kenapa hanya wajah gadis itu yang menemaninya saban hari? Apa yang berlaku sebenarnya? Mafia,The Lost Memory🌹 Cover by @rynrae_ Started: [August 2020] End :- @rynrae