YANG Aylin harapkan adalah seorang lelaki yang menyayangi dan tak akan meletakkan dia dalam senarai 'orang-yang-perlu-dibunuh'. Tapi yang tersurat pula adalah sebaliknya dan mengahwini pembunuh sendiri tak pernah termasuk dalam senarai 'apa-nak-buat' dalam hidupnya. Bagi Ferit Joe pula, mengahwini Aylin adalah untuk melindungi gadis itu daripada papanya sendiri. Sebab itu hubungan mereka berdua hanya setakat 'awak-akan-selamat-bersama-saya' dan bukannya 'awak-akan-bahagia-bersama-saya'. Mereka berdua hanya merancang, dan yang tersurat pula adalah vice versa. "Falling in love with your own hitman is the cruelest way to fall in love." - Aylin. "I never proclaimed any girl as mine except you." - Ferit. Dugaan demi dugaan menimpa dan Ferit masih setia melindungi, Aylin pula masih kekal di sisi. Hingga akhirnya Ferit diberi pilihan oleh papanya sendiri : "Sekarang Ferit pilih, Ferit nak terus berkepit mengejar cinta Aylin atau setia di sisi papa untuk keluarga kita? She or us, I let you choose son." Aylin atau keluarga, yang mana lebih penting bagi Ferit? Adakah dia tak layak untuk memiliki kedua-duanya dan terpaksa memilih salah satu? Mampukah Aylin terus setia dan beriringan bersama Ferit mengikuti jalan hitam yang Ferit tentukan untuk mereka berdua? Mampukah dia menidakkan rasa cinta di saat nama Ferit menggantikan bekas kekasih di dalam hati? "Ingat Aylin, tak semestinya orang yang bawa awak ke jalan yang gelap adalah musuh awak. Dan tak semestinya orang yang tarik awak keluar dari jalan yang gelap adalah kawan awak." - Ferit Joe.All Rights Reserved