"Shark." "Hmmm..." "We are in love with each other." "I couldn't agree more." "Tapi sampai bila kita nak hidup macam ni?" "Yang macam mana? In love with each other? Forever and ever, Eva." Shark dan Eva, merpati dua sejoli. Enam tahun hidup sebumbung tanpa pernah mengenal dosa dan pahala. Apabila mula menyedari keinginan mereka berbeza, Eva pergi meninggalkan Shark dengan satu pesanan. "Berhenti mencintai saya. Jangan cari saya. Belajar untuk melupakan saya dan hidup tanpa saya." - Eva Red hadir ketika Eva cuba untuk melupakan kisah lama yang hitam dan penuh dosa. Bagi Red, Eva adalah yang terbaik dan bintang paling dicintai sepenuh hati. "Setiap orang ada kisah hitam sendiri. Keep that aside and live the new us." - Red Baru sahaja mahu memulakan kisah baru, Shark muncul menuntut penjelasan. Hati yang terluka bertambah parah apabila mengetahui Red, sepupunya sendiri mencintai bintang yang sama. Sedar dia bukan yang terbaik, Shark mengambil keputusan mengundur diri. "Just so you know, nobody dreams of growing up to be an alcoholic, an addict, broken and depressed. If you choose not to stand with me through thick and thin, then I will leave for good. Red lelaki yang baik. Dia akan jaga awak." - Shark Eva jadi keliru. Antara Red dan Shark, yang manakah terbaik untuknya? Mampukah Eva yang masih dibayangi kenangan lama membuat pilihan yang sewajarnya? Apa yang pasti, akan ada pihak yang terluka dengan pilihan yang dibuat. Di Antara Semua Bintang membawa kita menyelami kisah yang penuh kekhilafan dan keinsafan. Jangan pernah ungkit kisah lama, kerana kisah itu penuh dosa...
11 parts