Justanica merupakan sebuah agensi yang memiliki tugas untuk memburu vampire di sebuah negara bernama Gladiolus. Agensi ini sudah lama wujud dan terkenal di Gladiolus. Tetapi bukan hanya Justanica sahaja yang memburu vampire, terdapat beberapa lagi agensi yang memiliki tugas yang sama seperti Justanica dan ada juga pemburu vampire yang bergerak solo.
Kebiasaannya semua ahli pemburu vampire ialah manusia. Tetapi di dalam Justanica bukan hanya manusia. Terdapat juga vampire dalam kalangan mereka yang memburu vampire atas alasan tersendiri.